Rabu, 19 Oktober 2011

Happy lagi!

19/10/2011 @ Rabu

Assalamualaikum... huuu..! Saya tengah happy ni.. yes! yesss...!! akhirnya setelah seharian menggodek sana sini blog ni akhirnya..inilah hasilnya. Yiha..yihaa! saje nak meng 'update' kan blog.biar tambah lawa..hehe!

Malam ni sejuk kan? sejuk2 pun bukak juga kipas. Bak kata atok : "Sejuk.. dah macam daging beku rasanye. Tapi masih juga berkipas!"

hehe.. nak wat camno? cucu eh kulit toba bona. sojuk ko paneh ko, kipas tetap on..Barangsiapa yg berani menutupi kipas tatkala hamba senang tidur, bermakna kalian memang sedang mencarik gado.Huh!Ok? Peace!

Tadi bukak google cari butterfly. Alahai..cute-cute. Betapa indahnya ciptaan Allah.Tiada sesuatu perkara yang dijadikan Allah itu sia-sia. Rama-rama, walaupun tempoh hayatnya tak lama tapi kehadirannya membawa kegembiraan pada sesiapa yg tahu & mengerti erti kecantikan ciptaan Illahi.

cantikkan?

Well, tetiba teringat cite2 omputih...(masa girl tu jalan2 die ternampak rama-rama.Dia cuba kejar than jatuh. Lepastu tiba2 ada seseorang (jejaka encem) yg tolong dia..) sweet kan? Bruekk!! sori saya tak romantik ok!



Ini sekilas info
FAKTA MENARIK TENTANG RAMA-RAMA
  • Rama-Rama merasa makanan dengan menggunakan kaki
  • Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah 'flutterby'


-Beza Rama-Rama dengan Kupu-kupu-
  • Rama-rama lebih kurus dan panjang manakala 
  • badan kupu-kupu lebih besar dan gemuk serta 
  • sesungutnya berbulu
Si Rama-Rama

  • Rama-rama lebih berwarna-warni berbanding 
  • kupu-kupu dan melakukan aktiviti pada waktu 
  • siang. Sebaliknya kupu-kupu pula lebih tertarik 
  • kepada cahaya bulan atau lampu dan bergerak 
  • pada waktu malam.
  • Rama-rama hanya terbang untuk mengekalkan 
  • suhu badan malah sayapnya terlipat tegak 
  • semasa berehat. Kupu-kupu pula akan 
  • mengembangkan sayapnya apabila berehat.
  • Perbezaan yang lain lagi ialah pada pupa. 
  • Rama-rama menghasilkan bebenang sutera 
  • untuk membuat kakun ( ulat sutera ). 
  • Sebaliknya, kupu-kupu pula tidak.

Si Kupu-kupu


Alangkah best kalau boleh terbang macam Rama-rama, Kupu-kupu , burung... kan? Mana nak pergi fly je terus.. tapi, kita kena bersyukur kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Sebabnya.. Manusia adalah sebaik-baik kejadian. Thank You Allah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...