Isnin, 19 Ogos 2013

Rindu buat mama..

19/8/2013 @ Isnin

Assalamualaikum..

Hari ni 11 Syawal.. Pejam celik- pejam celik... tak sangka dah nak separuh syawal kita lalui kan? Mood raya dan bergumbira masih lagi terasa.. Rumah ku ini masih ramai yang datang berhari raya.. Alhamdulillah..

Kan ke, tetamu datang bawa rahmat.. =)

Dalam happy-happy.. tengok dekat FB orang dok upload gambar-gambar raya mereka.. aku terbaca status ini.. Status yang ditulis oleh adik sepupuku Al-Atiq... Tiba-tiba turut terasa sayu..


Ini mungkin satu rintihan rindu dari seorang anak buat Mama yang dah lama pergi. Allahurabbi... kalau aku ditempat dia, pasti rindu itu berkunjung juga. Nak lagi dia masih kecil, pasti kerinduan itu lebih besar.

Tak sangka, dah 6 tahun berlalu. Seingat aku.. masa arwah meninggal aku masih ditahun satu semester 2 @ 3. Macam tulah.

Moral of the story..
Kita yang masih ada insan yang bernama mak,mama,mummy,bonda,umi,ibu..hargailah mereka seadanya. Kerna, satu saat bila kita hilang cintanya, apa lagi tinggal untuk diri kita..

Al-Fatihah buat mak usu... Semoga ditempatkan dikalangan mukmin yang soleh/solehah...amin!

Serius masih terbayang wajahnya. Atiq, muka Atiq iras sangat dengan mama sebenarnya. kuatkan semangat! Jangan pernah berhenti mengirimkan rindumu buat mama melalui doa pada Al-Khaliq..

Ok uols.. Take care.. Xoxo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...