Khamis, 22 April 2010

Kampung Bangkahulu Gemas NSDK

Esok Insyaallah..plan nak balik kmpg.Dimana? Mestilah Kampung Bangkahulu Gemas Negeri Sembilan Darul Khusus.Orang nogori den ni haa.. Eh! Aku orang bengkulu la. Nido pacak igo kecek bengkulu tapi buleh la.

Actually, memang dah rutin aku.2minggu sekali mesti balik.Aku akan sedaya upaya cari masa.Dapat balik sekejap pun jadilah sebabnya pada aku kampunglah tempat paling best untuk hilangkan tension.Pelik, kenapa agaknya ada orang yang ada kampung tapi tak suka nak balik kampung???

3 tahun merantau mencari ilmu di negeri orang membuatkan aku semakin menghargai damainya kampung selain membuatkan aku faham apa erti rindu. Banyak benda yang aku rindu kat kampung, parents,nenek,atok,adik2 aku and yang paling aku miss kat 10 ekor kucing kesayanganku. waaa.... Yat,bobot,meaw,oren,paklang,bintang,Omel, and baby-baby ku Boo,Lala & QiQi.. miss u all so much!

kat rumah ni tengah bising dengar lagu hindustan.aku pelik sungguhlah! apela yang diorang minat sangat? aku kalau tengok hindustan paling lama mata aku boleh tahan 30minit. maksimum dah tu! lepas tu sure aku cari bantal. So, aku dipulaukanlah sekarang ni sebab aku je yang tak layan hindustan. hehe!

Asal balik je otak aku mesti terlintas lagu ni.entah kenapa agaknya? antara ayat dia..


Home by Chris Daughtry

well, i'm going home..back to the place where i belong
and where your love has always been enough for me
i'm not running from,no..i think you got me all wrong
i don't regret this life i chose for me
but these places and these faces are getting old
so i'm going home.. well i'm going home..

2 ulasan:

  1. Salam. Kaba ni anak sapo ya?

    BalasPadam
  2. Salam dari anak jati Bangkahulu, lahir dan membesar di Provinsi (Negeri) Bangkahulu, Sumatra, Indonesia.
    Tapi sy duduk di Jakarta.
    Sy pada th 2013 pernah ke kampung Saudari.

    Salam kenal dan persahabatan. BTW saya Muslimah

    BalasPadam

Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...