Sabtu, 1 November 2014

Kad Kahwin Serendah 35sen!

1 November 2014

Assalamualaikum..

Last tulis entry, bulan april 2014.. now, dah 1 november 2014. Aigoo.. bertimpa-timba malas nak menaip blog ni. Hehee.. Sebenarnya aku tiba-tiba je amnesia.. tak ingat nama blog. Hohoo! Tua dah makcik ni.. semua benda lupa. Makan je tak pernah miss.. kehh3!

Merujuk kepada tajuk entry kali ni.. Kad kahwin serendah 35sen! Woww..! Hehee.. inilah yang membizikan aku sebenarnya. Sedang giat berbisines kad kahwin. Boleh cuci2 mata di fb (aka) kedai kecil ku ini .... kedai kad kahwin gemas Sangat berbesar jika ada yang berminat.

Pelbagai pilihan kad yang disediakan.. Kad design floral, lovely, sweety, urbanista dan yang terbaru ada design untuk kad yang berharga serendah 35sen. Minimum 1000 tempahan. Jimat! Kualiti terjamin. 

Jom cuci-cuci mata melihat koleksi kad ku.. 


















Amacam?? Lawa tak? hahaaa.. lawakan?  apa tunggu lagi, grab lah satu.. Dan ini pula koleksi 35sen tu.. 

black & white full memory


hadapan kad

bahagian dalam kad


Eh? 35sen ada 2 je koleksi? Mana boleh jadi ni! Heheee... kalau nak tengok yang lain, kena tinjau2 fb Kedai Kad Kahwin Gemas (K3G) ok.. 


Produk seterusnya.. hoho! Anda nak bagi goodies khas untuk vvip / untuk jemaah yang datang ketika khatam Quran / Berzanji dll tapi tak tahu nak bagi apa? Hah! Meh rapat.. K3G ada menyediakan tasbih goodies untuk anda.. p/s: boleh pilih color yang diinginkan  oke uols  =)


tasbih goodies (RM1.20)

Kepada bakal pengantin luar sana, boleh view fb K3G kalau nak cari kad, bunting/banner, goodies, box, dan..dan.. bagi pengantin yang sudah melangsungkan majlis tapi tak tahu di mana nak tempah custom album.. K3G sedia memberikan perkhidmatan.


custom album

mock up album

Most pelanggan yang datang untuk menempah custom album ni, biasanya mereka tak ambil fotografer. Mungkin hanya ahli keluarga @ kawan2 yang snap kan gambar. So, kami boleh edit dan buatkan / designkan custom album untuk anda. Boleh pm iols di fb jika ada sebarang pertanyaan mengenai harga & saiz album.


Fiuhh! Panjang sungguh entry ni je? hahaa... sekali lagi anda dia alu-alukan untuk singgah cuci mata di fb K3G. Tengok-tengok je. Mana tau kot berminat kan? 


Ok.. uols.. XoXo! Assalamualaikum.. 

Khamis, 17 April 2014

Persediaan Menunaikan Umrah

Assalamualaikum..

Setiap hari, pasti ada saja yang menjadi tetamu Illahi. Berpeluang menjejak kaki serta merasai hangat dingin negara penuh berkah itu. Allah..Allah.. hati cukup cemburu bila mendengar ada yang menjejak kaki ke sana.

3 bulan yang lalu, Allah izinkan aku sekali lagi ke sana. Kali terakhir, hampir 5 tahun lalu. Masa tawaf Wida' umrah terdahulu, aku ada terdetik di hati. Insyaallah, sebelum tempoh passport habis (5tahun) aku nak datang lagi ke sini (Mekah). Alhamdulillah.. Allah makbulkan.

3 bulan sebelum genap 5 tahun, Allah memberi izin diri yang penuh jahil ini menjadi tetamuNya. Sangat benar, Allah itu As-Sami'

Entry kali ni nak cerita sikit bab Persediaan Menunaikan Umrah. Lebih kepada nota / peringatan untuk diri sendiri juga. Mungkin diri ni belum hebat nak bagi tips kepada para jemaah yang nak berangkat ke tanah suci. Tapi, apa yang ditulis ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu.

Persediaan nak kesana sungguh banyak. Ilmu, fizikal mental, rohani, ubatan, duit & keperluan yang hendak dibawa. Oo.. banyaknya! Memang.. memang banyak. Tapi percayalah, tak ada satu pun memberi tekanan dan bebanan. Setiap apa yang kita buat tu, akan membuatkan hati kita semakin berkobar-kobar nak sampai kesana.

Persediaan Ubatan / Fizikal

1. Periksa Kesihatan
-Wajib! Ini perlu untuk kita tahu tahap kesihatan diri.


2. Vaksin Meningikokal Meningitis
- Meningitis adalah radang selaput pelindung sistem saraf pusat. Penyakit ini disebabkan oleh mikroorganisme, luka, barah, atau ubatan tertentu. Penyakit ni memang serius sebab ia dekat otak dan tulang belakang, sehingga boleh menyebabkan kerosakan kendali gerak, fikiran, bahkan kematian. 


So, memang wajib suntik! Sebagai perlindungan untuk kita juga. Tanya dekat doktor.. "Ubat ni untuk apa, doktor?"

Doktor jawab.. "Nak jaga selaput otak awak. Selain tu.. sana kan panas, lepastu takut terkena jangkitan bakteria terutama kalau bersinggungan dengan jemaah dari pelbagai negara tu,"

-Vaksin ni kalau di klinik swasta harga sekitar RM120. ada juga yang lebih mahal dari tu. Tapi masa aku pergi klinik kerajaan, dapat vaksin dari lebihan jemaah haji, so kena bayar RM5 sahaja tapi vaksinnya terhad.


3. Ubat-ubatan 
-Pada yang sakit, contoh darah tinggi, kencing manis.. pack siap-siap ubat tu. Biar awal asal jangan tertinggal. Selain tu, bawa juga ubat seperti :

a) panadol
b) bam panas (vick, tiger bam dll..)
c) ubat batuk (kalau boleh bawa yg jenis tablet)
d) ubat selsema
e) krim pelembap (bibir & kulit) 
f) dan.. strepsils bawa banyak-banyak! bukan minta sakit tapi, kalau batuk, strepsils sangat diperlukan. 



Tips dari ustaz yang membawa kami.. "Kalau demam di Mekah, beli ubat di Mekah. Kalau makan ubat Malaysia, takkan jalan punya. Sebab ubat demam Mekah tak sama dengan Malaysia. Kita demam sebab suhu/cuasa  jadi, ubat demam Mekah saja yang sesuai dengan cuaca / suhu disini.."


Persediaan Fizikal


Latihan Kecergasan
-Jangan ingat kita muda sentiasa cergas. Tidak semestinya. So, buatlah latihan. Macam aku yang tak lasak ni, sure badan akan terkejut bila berdepan dengan tawaf dan sai'e nanti. Jadi, lakukan latihan berjalan kaki.


-Latihan ni bertujuan membiasakan diri kerana Umrah ni bakal menggunakan banyak tenaga. Pergi balik dari hotel ke Masjid anggaran mungkin 800-1500meter.  


Tawaf mengelilingi Kaabah lebih kurang sejauh 500 meter - 1 kilometer. Sai'e pula berulang alik Safa ke Marwa sebanyak 7 kali sejauh hampir 3 kilometer. Selalu jalan macam tu tiap-tiap hari? Jalan 200 meter pun dah penat (aku le tu..) so, untuk membiasakan diri dengan aktiviti itu, kita harus lakukan sedikit persediaan. 


First umrah aku dulu, aku masih study. Rasa diri dah tak payah buat latihan kecergasan sebab setiap hari berulang-alik dari rumah ke kelas. 1 hari maksimum 3 kelas. So dah rasa kaki kuat. Jadinya tak prepair apa-apa. Bila sampai sana, selepas balik hotel sesudah buat umrah.. kaki rasa macam robotcop. Betis rasa macam batang kayu. So, diingatkan.. jangan fikir kita sentiasa bergerak kita ni cergas. Do more exerciser! Cuba baca kisah seorang at-tabiin ini.. tengok macam-mana beliau exercise. Sungguh, Masyaallah!  kisah Uwais Al-Qarni


Persediaan Ilmu 

- Amatlah rugi jika berpeluang kesana setelah berkorban masa, wang ringgit tapi ibadah kita sia-sia sebab tiadanya ilmu, ketidakperihatian dan kecuaian diri sendiri.


- Setiap hari, sebelum sampai tarikh berangkat, cari buku, jumpa dan bertanyalah pada orang yang arif sehingga kita rasa sudah yakin dan mantap untuk mengerjakan Umrah. Ibadah ni bukan ikut suka-suka kita, ada tatacaranya dan adabnya. Tak ikut cara-caran yang telah ditetapkan, ibadah kita mungkin akan cacat atau tidak diterima kerana tidak sempurna.


Masa daftar umrah, agen mesti ada bagi buku panduan.. baca, baca..baca! jangan tunggu khursus.


     

- Selain ilmu tentang ibadah umrah, aku syorkan juga membaca kisah-kisah Rasulullah, para sahabat, dan kisah tentang sejarah Makkah dan Madinah.


- Sungguh, pertama umrah lalu... aku tak menyetahui banyak tentang sejarah. Kali kedua ni, aku cuba untuk menyelak sejarah. Dan sungguh, bila kita tahu sejarahnya dan dapat jejak di tempat itu... perasaannya.. Allah..Allah...


- Satu tempat yang sangat terkesan dihatiku.. UHUD. Allahu.. Sangat rekomen untuk baca buku tulisan Abdul Latip Talib ini.. 70 syuhada' bersemadi disana termasuklah Saidina Hamzah bapa saudara Rasulullah. Kisah Hanzalah si pengantin baru yang jenazahnya dimandikan para malaikat, kisah pasukan pemanah yang ingkar dengan suruhan Rasulullah dan kisah kecintaan Uhud pada Rasulullah..Uhud bukit yang sudah dijanjikan syurga. Allah! tanpa aku sedar, aku menangis disitu. Uhud, aku cemburu padamu!




Persediaan Rohani
- Biasakan diri.. solat taubat, solat tahajud, istiqamah membaca Al-Quran, dan kalau boleh hafal doa-doa mustajab. Penting, perbaiki solat kita! Tujuannya tak lain... hanyalah untuk bermunajat mohon Allah ampunkan dosa kita. Nak pergi sana harus bersih. Jadi, minta ampun..minta ampun..minta ampun! Allah itu Ar-Rahman... 


-Sebelum pergi, jangan malu minta maaf pada orang yang kita kenali. "Aku tak buat salah pada siapa-siapa pun!" eh..ehh.. mana kita tahu? Ringankan mulut cakap.. "Aku minta maaf, halalkan kalau ada termakan, terminum. Doakan aku semoga dapat umrah mambur.." tak susahkan? buat! lepastu.. hati kita pasti rasa lapang.


Persediaan Mental
- Kawanku pernah bertanya, "Aku ada baca.. Allah beri macam-macam dugaan masa kita di sana. Kadang-kadang tak nampak Kaabah lah, sesatlah, nampak benda yang bukan-bukanlah, ditimpa penyakit, ada tu dia nampak seolah-olah ada skrin besar yang seoalh-olah menayangkan dosa-dosa yang telah dia buat...Aku takutlah nak kesana. Kau tak takut ke Allah balas dosa kau disana?"


- Jangan blok minda/mental kita dengan apa yang kita dah baca @ dah dengar.Apa yang diceritakan tu cuma sebagai pengajaran. Bersangka baiklah dengan Allah. Kalau dia nak balas, kita terima. Sebab memang kita dah buat dosa pun. Tapi ingatlah.. Allah itu Ar-Rahim. Dia Maha Penyayang.. 


- Kalau berlaku perkara sebegitu, anggaplah itu sebagai teguran dari Allah.Duduk, dan muhasabah diri. Dimana silapnya kita tadi. Check balik ibadah kita, check balik percakapan kita, check balik hati kita (ini paling bahaya. Mulut cakap lain, hati cakap lain. selalu kan?) 

- Jangan fikirkan sangat benda tu. Fikir yang baik-baik. Kan ke kita nak buat benda baik dan ke tempat yang terbaik?


Persediaan Barang Yang Perlu Dibawa
-Adikku yang seorang tu, dipunggahnya baju-baju dalam almari. Lepastu duduk termenung. Tak tahu nak bawa yang mana & baju apa. Kakcik  paling sempoi. Tak sampai 20 minit, beg dia dah siap! 


-Ok.. tip dari aku, cuba kurangkan beban. Kalau boleh pergi ni, bawa 1 beg dah cukup. Sebab beg yang anda bawa pasti akan peranak-pinak.Cayolah cakap den! 


Barang yang dibawa : 

  1. Baju kurung 2 helai (ada jubah bawa 2 jubah. Lebih elok tempah baju kurung yg dah siap bercekak / berbutang. So hand sock tak perlu bawa banyak, 1 pasang cukup.
  2. Stokin kaki 4 pasang
  3. Pakaian dalam secukupnya (isi dlm beg kecil dahulu baru masuk ke bagasi)
  4. Baju T + Seluar buat salinan di bilik hotel. 2 helai baju, 2 helai seluar
  5. Barang toiletries (berus gigi, sabun, syampu)
  6. Telekung bawa 2.
  7. Baju zip poket (ni kalau nak isi duit. Jangan ingat kat sana tak ada pencuri. Sana syaitan nye tahap jeneral. So berhat-hatilah)
  8. Tali (penting untuk ikat beg terutama waktu balik. Pekerja lapangan terbang tu takkan angkat baik-baik beg kita. So, dia orang main campak je. Kalau dah ikat, risiko isi terburai tu..kuranglah sikit)
  9. Quran (surah Yassin, Ma'thurat, buku/nota panduan..)
  10. Uncang kasut
  11. Maker pen (bawa! Nak tulis nama senang)
  12. Jarum/benang/peniti/pin. (bawa juga. Kot ade kecemasan kain koyak, mana nak capai benda tu)
  13. Ketip kuku (pastikan ketip bukan dalam ihram)


Barang yang tak berapa penting :
  1. Selipar (disana baaanyaaakk selipar. 5 riyal sepasang. So tak perlu bawa.Beli sana je.)
  2. Minyak wangi. Ok, nak pakai boleh asalkan jangan waktu ihram. 
  3. Stokin Sai'e. (Terpulang pada individu. Kalau aku, stokin tu tak selesa pakai. Katanya boleh lindung tapak kaki. Kira softlah sikit bila berjalan 3km berjalan tanpa kasut. Hmmm.. jujur ya, biarlah tapak kaki kita sakit..  tak apa. Bila lagi nak rasa sakitnya berjalan macam tu? Mungkin itu yang pertama atau terakhir kita. Biarlah sakit tu.. Allah membalas disetiap langkah yang kita atur demi mencari redhaNya.

Barang yang tak perlu bawa :
  1. Lesen, I/C (tak perlu bawa.Biasanya ustaz travel akan ingatkan benda ni.)
  2. Makanan. Di Madinah / Makkah banyak makanan.
  3. Gadget contoh Ipad, Mp3.. tinggallah dulu ye. 10 hari je tak pegang benda tu.
  4. Barang kecantikan. Tak perlu dik non!

Persediaan Duit
- Bawa banyak sikit tak pe. Tapi jangan sampai bawa 10 ribu pula ye? Siap bawa geran tanah pun ada. Hehe! Allahu.. Bawa duit banyak bukan tujuannya shopping tapi itu sebagai kita punya backup. Contoh, sampai Makkah nak buat umrah ni.. tiba-tiba demam dan tak larat berjalan. So, kena sewa kerusi roda. Harganya RM250 (tawaf dan Sai'e). Kalau tak ada duit, kan susah. 


-Kalau nak kerusi tolak, inform pada mutawif. Jangan pergi tanya pada pak arab yang ambil upah tu. Ada terjadi, dia tolak sai'e.. tapi tak sampai 7 pusingan. Lepastu, dia main tinggal saja orang tu di situ. Kalau dari mutawif, selalunya orang Indonesia yang ambil upah tolak. Mereka bagus. Doa dia baca kuat-kuat. Kita ikut atau aminkan saja, disetiap bahagian penting contohnya tempat mula tawaf dan tempat istiqlam, dia akan peringatkan kita, dan kita bayar RM250 tu hingga sampai ke depan pintu bilik hotel.


-Pengalaman... Aku pun pakai kerusi roda akibat demam teruk sejak dari Madinah. Bila aku diam.. dia ingatkan aku.. "Ayoh dek... Solawat, zikir lagi!"  Dia juga ajar supaya popok air zamzam ke kepala sampai niat.. "Ya Allah, sembuhkanlah demamku..Ampunilah aku,"

Allah..Allah! Pengalaman itu luar biasa indah!


Persediaan bagi kaum wanita
- Bila haid, rasa macam kecewa. Aku dan Kakcik, 2 hari sebelum balik mengalaminya. Siap suruh ayah minta pil tahan period dengan mutawif. Tapi ustaz tu cakap, ubat ni sangat banyak kesan sampingan. Sekarang mungkin tak nampak, tapi one day akan ada. Contohnya masalah susah pregnant atau haid berhenti terus dan ada yang makan pil tapi bukan berhenti malah makin banyak keluarnya macam orang baru lepas bersalin.


-Pil itu wajib makan kalau kita dah bermiqat. Dah niat umrah lepastu haid. So wajib makan sebab takkan nak tunggu haid kering kan? Normal 5-7 hari. Kalau 2 hari sebelum balik haid dan masih dalam niat umrah, maka kalau dia balik ke Malaysia... niatnya tu wajid qada'. Nak ke sana bukan senang kan? itu fungsi ubat tahan haid.


-Apa-apa pun, banyakkan doa. Allah Maha Mendengar. Ada doa tahan haid. Baca dengan hati yang benar-benar tawakal pada Allah. Insyaallah!




- Tapi haid bukan bermakna tak boleh beribadat. Kita boleh duduk di tempat Sai'e sebab kawasan tu bukan kawasan masjid. Kalau tak mahu, duduk di hotel boleh berzikir.




Tujuan kita nak ke sana adalah untuk mencuci dosa, nak minta ampun dan untuk memperbaiki diri dan jiwa. Seharusnya kita buat persediaan awal. Bukan senang nak jadi tetamu VVVVIP Allah. Bila ada peluang, buatlah yang terbaik. Semoga perjalanan kita ke sana adalah perjalanan yang ALLAH redha agar umrah berjalan lancar. 


Makkah


Madinah


Dari Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda: 
"Umrah ke umrah menghapus dosa antara keduanya, 
dan tidak ada pahala bagi haji mabrur kecuali syurga." Muttafaq Alaihi. 


Dari 'Aisyah RA bahwa dia bertanya: 
Wahai Rasulullah, apakah kaum wanita itu diwajibkan jihad?
 Beliau menjawab: Ya, mereka diwajibkan jihad tanpa perang di dalamnya, iaitu haji dan umrah." 
Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah dengan lafaz menurut riwayatnya. 
Sanadnya sahih dan asalnya dari sahih Bukhari-Muslim. 

Rabu, 9 April 2014

Tangisan Sebatang Tamar

Assalamualaikum..

Online, kemudian buka Youtube..  Aku terpandang satu video ni..  Tangis Sebatang Tamar- nyanyian Daqmie .. rasanya video ni dah lama ada, tapi baru hari ni aku buka, dengar dan hayati.

Liriknya, Allah..Allah...


Sedu sedan
Itu bak ratapan si kecil
Yang rindu belaian dan perhatian
Yang mendambakan kasih dan sayang
Dari seorang insan yang penyayang

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

Kisah tangisan sebatang tamar
Menyentuh hati, mengocak perasaan
Benarkah aku cinta, benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur air mata ku mengenangkan mu

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

Betapa kerasnya hatiku ini
Untuk menghayati perjuangan mu
Betapa angkuhnya diri ku ini
Untuk menghargai perjuangan mu

Ya Rasulallah
Ingin aku menjadi sebatang tamar
Yang menangis rindu kepada mu

Ya Rasulallah
Biarlah aku hanya sebatang tamar
Namun dapat bersama mu di dalam syurga

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya


Ada lirik yang aku bold. Ayatnya itu.. Masyaallah! Sangat terkesan. Sungguh! Siapa diantara kita bila diceritakan kisah baginda Rasulullah, airmatanya selalu menitis? Siapa diantara kita yang setiap kali disebut tentang kisah-kisah Nabi Allah ini, airmatanya berjuraian jatuh? 

Rasanya, kita lebih terharu membaca novel dan movie cinta daripada kisah kemuliaan baginda. Kan?
Allah.. Allah..
----------------------------------------------------------

Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah bahawa pada masa itu masjid Rasulullah saw beratap batang pokok kurma.


Nabi SAW selalu bersandar pada sebatang pohon tamar, ketika menyampaikan khutbah Jumaat, Saidina Abu Bakar mencadangkan agar dibina mimbar yang baru.


Nabi SAW bersetuju dan sebuah mimbar yang terdiri dari 3 anak tangga dibangun.Para sahabat pun membuat mimbar dari kayu. Setelah siap Rasulullah saw duduk di atas mimbar yang baru untuk berkhutbah, ketika itu para Sahabat mendengar pohonh tamar itu menangis seperti anak kecil atau seperti goncangan tanah yang terus bergetar sehingga para sahabat pun bertanya-tanya.


Rasulullah saw tersenyum. Rasulullah saw turun dari mimbar dan mendatangi pohon kurma yang tidak jauh dari mimbar tersebut. Rasulullah saw meletakkan tangan baginda pada batang pokok kurma dan mengusap-usap dengan perlahan-lahan dan bertanya kenapa ia menangis. Pohon tamar tersebut mengatakan dia menangis kerana ia tidak digunakan lagi untuk mengingat ALLAH SWT. 


Rasulullah saw berkata pada pohon kurma itu: "Jika engkau mahu, aku akan jadikan engkau dinding masjid ini, akarmu tumbuh lagi, tubuhmu hidup lagi dan engkau berbuah lagi. Atau jika engkau mahu, engkau aku tanam di syurga, supaya para wali Allah boleh memakan buah buahmu. "


Batang kurma itu menjawab: "Saya memilih untuk ditanam di syurga sehingga wali wali Allah dapat memakan buahku dan saya berada di tempat di dalamnya saya kekal."


Goncangan tanah dan suara rintihan pun berhenti. Rasulullah saw kemudian kembali pada mimbar dan menyampaikan kejadian tersebut kepada para sahabatnya. Rasulullah saw berkata: "Ia (pokok kurma) memilih negeri yang kekal berbanding negeri yang fana!"


Rasulullah SAW kemudian menyuruh agar dikafankan pelepah tamar dan mengatakan bahawa  Inilah satu-satunya pokok tamar di syurga yang berasal dari dunia dan ia akan dibangkitkan di dalam syurga dan ia dijamin oleh Rasulullah SAW


Masyaallah.. Subhanallah... bayangkan, pokok kurma menangis sebab tak nak jauh dari Rasulullah. Sayang dan cinta pada Rasulullah. Pokok kurma! Bukan manusia yang Allah jadikan dengan adanya hati & perasaan. 

Kalau cinta Rasulullah.. jom! Sollu Alan Nabi..



“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi S.A.W. (Oleh kerana itu) wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu (meminta rahmat) untuk Nabi S.A.W,dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan terhadapnya.”
(Al-Ahzab : 56)


-->Sekali kita berselawat, Allah balas dengan 10 kali selawat untuk kita. 
-->Sekali selawat Allah angkat baginya dengan 10 darjat.
-->Malaikat pun turut berselawat kepada sesiapa yang berselawat kepada Rasulullah.
-->Doa yang disertakan dengan dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah tetapi doa yang tidak disertai dengan selawat akan tergantung di antara langit dan bumi.

Tu cuma sebahagian dari hikmat selawat. Jom kita istiqamah! =) =)





Selasa, 8 April 2014

Kau Yang Selalu Didalam Doa-doaku..

Assalamualaikum...

Allahurabbi.. kesal pula rasanya selepas membaca. Ceroboh orang punya, nah! natijahnya.. awak yang rasa kesal.


Tolong jangan marah saya sebab saya membacanya. Saya cuma nak tahu. Mungkin saya tak patut buat macam tu. Tapi, Allah..Allah!

Wahai kau yang ku sebut didalam setiap doa-doaku,
Aku tahu...
mungkin aku belum layak disisimu
kau juga belum pasti akan hal itu
Tapi, percayalah
hati ini sudah mula menerimamu

Wahai kau yang tak pernah jemu ku sebut didalam setiap doa-doaku,
Ketahuilah olehmu..
aku memang tak akan pernah bisa menyayangi dan mencintaimu
seperti mana Allah mengasihi dan mengihsanimu
tapi,
sungguh aku janji...
aku akan berusaha sentiasa setia disisi

Wahai kau yang ku sebut didalam doa siang dan malam
kau berhak memilih
buatlah pilihan sebaiknya
kerana aku tak mahu hidup denganmu hanya untuk sekarang
aku mahu, menemanimu hingga Allah panggil diriku pulang

Wahai kau tak tak pernah tahu yang namamu sentiasa ku bisikkan didalam doa...
wahai kau yang tak pernah sekalipun lupa ku sebut didalam doa..
wahai kau yang sentiasa ada didalam doa-doaku..

aku perempuan
ingin tahuku, pertanyaanku, was-wasku,
itu semua bukan mahu membebankanmu
tapi itu tanda,
aku sayang padamu.....

Rabb,
aku redha dengan kehidupanku
jadi aku mohon dengan rendah hati
KAU redhailah akan diriku...


Allah.. Engkau Dekat

Assalamualaikum..

Nak share, aku membaca ini.. pada aku, Masyaallah..Subhanallah..sungguh sweet! Tidak ada yang lebih indah melainkan bila kita mendengar, membaca dan menyaksikan kekuasaan Dia.. Rabbul 'Izzat.


 YA ALLAH (diambil dari buku La Tahzan  oleh Dr.Aidh al-Qarni)

Ketika laut bergemuruh,ombak menggunung dan angin bertiup kencang menerjah, semua penumpang kapal akan takut dan menyeru : "Ya Allah!"

Ketika seseorang tersesat ditengah gurun pasir, kenderaan menyimpang jauh dari jalurnya, dan para kafilah
bingung menentukan arah perjalanannya, mereka makan menyeru : " Ya Allah!"

Ketika musibah menimpa, bencana melanda dan tragedi terjadi, mereka yg ditimpa akan selalu berseru : "Ya Allah!"

Ketika bumi terasa menyempit dikeranakan himpitan persoalan hidup, dan jiwa serasa tertekan oleh beban berat kehidupan yg harus anda pikul, menyerulah : "Ya Allah!"

Setiap ucapan baik, doa yg tulus, rintihan yg jujur, airmata yg menetes penuh keikhlasan, dan semua keluhan yg menggundah gulanakan hati adalah hanya pantas ditujukan ke hadirat-Nya

Setiap dini hari menjelang tadahkanlah kedua tangan julurkan lengan penuh harapan dan arahkan terus tatapan matamu ke arah-Nya utk memohon pertolongan

Ketika lidah bergerak, tak lain hanya utk mnyebut, mengingati & berzikir dengan namaNya. dgn begitu, hati akan tenang jiwa akan damai, saraf tak lagi menegang dan iman kembali berkobar2.

Demikianlah dgn selalu menyebut nama-Nya, keyakinan akan semakin kukuh. Kerana, Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambaNya (QS : Asy-Syura : 19)


Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dgn kesenangan, 
jadikan kesedihan itu awal kebahagiaan dan 
sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tenteram

Wahai Rabb, tunjukkanlah pandangan yg kebingungan ini kepada cahaya-Mu, 
Bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalanMu yang lurus. 
Dan tuntunlah orang2 yg menyimpang dari jalan-Mu merapat ke hidayah-Mu


Ya Allah, sirnakan dari kami rasa sedih dan duka, 
dan usirlah kegundahan dari jiwa kami semua. 
Kami berlindung kpd-Mu dari setiap rasa takut yg mendera

hanya kpd-Mu kami bersandar & bertawakal
hanya kpd-Mu kami memohon dan hanya 
kpd-Mu lah semua pertolongan. Cukuplah Engkau
sebagai pelindung kami, kerana Engkaulah 
sebaik-baik pelindung & penolong.


ALLAH :
nama yg paling bagus
susunan huruf yg paling indah
ungkapan yg paling tulus
dan kata yg sangat berharga


ALLAH :
milik-Nya semua kekayaan, keabadian,
kekuatan, pertolongan, kemuliaan,
kemampuan dan hikmah.
"Milik siapakah kerajaan pada hari ini?
milik Allah Yg Maha Esa lagi Maha Mengalahkan"
(QS: Ghafir : 16)


ALLAH :
dari-Nya semua kasih sayang, perhatian, pertolongan,
bantuan, cinta & kebaikan..
"Dan apa saja nikmat yg ada pd kamu, maka dari Allah-lah
(dtgnya). (QS: An-Nahl : 53)


ALLAH :
Pemilik segala keagungan,kemuliaan dan kekuatan
dan keperkasaan.
"Maka berpegang teguhlah dgn apa yg AKU berikan
kpdmu dan hendaklah kamu termasuk org yg bersyukur
(QS: Al-A'raf : 144)


OPICK : CAHAYA HATI
(lagu ini, ketika aku mendengarnya..airmata mahu saja gugur)



Allah Engkau dekat
Penuh kasih sayang
Takkan pernah Engkau
Biarkan hamba-Mu menangis
Kerna kemurahan-Mu
Kerna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa jiwa yang rela
Dia kekasih-Mu
Kau yang selalu terjaga
Yang memberi segala

Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga
Yang memberi segala

Setiap makhluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu

Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

------------------------------------------------------------------------------

Tadi tangan rasa gatal nak scroll apa yang ada di moment ..... kemudian aku membaca tulisannya. Allah..Allah! Airmataku mahu gugur lagi.

Sungguh... aku tahu, melupakan itu bukan sesuatu perkara yang mudah. Tahu, jiwamu terluka dan aku tak mengerti apa rasanya. Tahu, kau kehilangan dan jujur, aku belum pernah mengalaminya. Tahu, kau belum bisa menerima. Tahu, kau belum kuat mengatakannya. Tahu kau masih cinta padanya. Tahu kau sentiasa mengharapkannya. Dalam doamu, ku yakin kau juga membisikkan namanya..

Ya, aku tahu.. Allah juga tahu..

Tapi, jika kau belum bersedia,
mengapa kau tanya hatiku?
sepatutnya.. 
kau simpan dulu rasa itu 

Aku perempuan,
hatiku lembut
perasaanku halus
jiwaku terlalu sensitif

Allah..Allah.. 
menerima pinangan bukan sesuatu yang mudah
dan ketika aku mahu menerimanya,
rasa ini hadir lagi
was-was!

Allah, Kau Maha Tahu
Kau Maha Mendengar
Kau lebih tahu dari diriku sendiri
Kau lebih mendengar sekalipun hanya dibisikkan dihati
Jangan biarkan sesuatu itu terjadi seandainya ia memudharatkan diriku Ya Rabb

Lindungi aku
Kasihi aku
Ihsani aku

Ampuniku..
Ampuniku..

>> MOVE NF! MOVE!!! GET UP... BISMILLAH.. MELANGKAHLAH ATAS NAMA TUHANMU, SUNGGUH HANYA DIA YANG MENCINTAIMU TANPA BATAS DAN SEMPADAN! <<

Ahad, 30 Mac 2014

Dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali

Assalamualaikum...

Sungguh, cukuplah kematian itu sebagai peringatan. Petang semalam kami sekeluarga dikejutkan dengan berita yang sungguh diluar sangkaan. Pakngah, telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan. Abang sepupuku call dalam nada menahan tangisan. Allah..Allah!

Dua minggu lalu dia pulang ke kampung. Kata nenek, dia rancak berbual dan tak ada tanda-tanda nak pergi pun. Aku jawab.. kalau kita tahu kita nak pergi, takkan kita nak berbual-bual rancak lagi kan?

Tapi, sedih bagaimana sekalipun... kita pulangkan kembali semuanya pada Sang Pencipta. Apa yang ada pada kita adalah pinjaman semata. Dah expired tarikh pinjaman, maka dia berhak mengambilnya semula. Tak cepat seminit, tak juga lewat sesaat. Allahu..

Nak pergi ziarah jauh, jadi.. dari kejauhan aku hadiahkan surah Yassin. Semoga pakngah tenang disana serta dihimpunkan bersama orang-orang soleh.

Belum pun reda rasa sayu mendengar khabar pemergian Pakngah, pagi tadi sekitar jam 6.00 aku dikejutkan dengan berita pemergian seorang pendidik yang sangat berjasa kepadaku.. Allah..Allah! 

Cikgu Nor Hayati Hashim. Satu nama yang semua budak Berlian akan ingat sampai bila-bila. Kata sahabat, cikgu terkena jangkitan kuman di paru-paru. Cerita sebenar, tak aku tahu.

Tapi, ingat lagi tahun 2002 PMR. Kami buat buku khas untuk kelas Berlian sahaja. Dalam muka surat hadapan, dibahagian kata-kata aluan, cikgu membahasakan diri sebagai Bonda.Ya, cikgu ibarat ibu kami. Ibu yang sangat kami kasih & hormati.  Ibu yang membesarkan kami dari form1 hingga form5. 

Saya ingat lagi cikgu cakap.. "Kalau kau baik, aku baik. Kalau kau degil, aku debik je!" aku ketawa mendengarnya. Siapa tak kenal cikgu. Dalam garang ada sifat keibuan yang sangat tinggi. 



Tahun lalu, ketika aku berpeluang selama 3bulan sebagai guru ganti... disitulah aku kenal cikgu lebih dari dari seorang pendidik yang pernah mendidikku.

 "Saya ingatkan jadi cikgu ni senang. Rupa-rupanya stress!" kataku ketika kami diatas stage smkg.
Cikgu ketawa sambil jawab.. "Itulah yang aku rasa selama berpuluh tahun jadi cikgu. Tidur tak pernah lena"

Cikgu, semoga kali ini tidur panjangmu lena. Allah pasti memberi ganjaran disetiap titik peluh cikgu mengajar dan memberi ilmu pada anak-anak bangsa. Aku akui, menjadi pendidik bukan mudah. Tapi cikgu, berbanggalah.. anak-anak yang pernah cikgu ajar kita adalah manusia yang berjaya. Ada guru, akauntan, ptd.. masyaallah!

Dari DIA kita datang, dan kepada DIA kita kembali.. Mereka dah tentu pergi, kita.. belum tahu bila dan bagaimana. Semoga kita kita bertemu dengan pengakhiran yang baik iaitu Husnul Khatimah..amin Ya Rabb!

Al-Fatihah buat kalian.. Cikgu Nor Hayati Hashim & Mahmood Jaafar. 


Jumaat, 21 Mac 2014

Dia Wanita Istimewa : Nailah binti Al Farafishah

Assalamualaikum...

Salam Jumaat buat semua sahabat blog. Hari ni tadi, aku tengok nasyidtv kalau tak salah nama rancangannya.. di siarkan lagu di bawah ni bertajuk 'Cinta Naela' nyanyian kumpulan nasyid Seed rain. 

Automatik aku bertanya sendiri. Siapa Naela? Dengan kadar lajunya aku pun cuba mencari siapa gerangan pemilik nama itu. Akhirnya aku jumpa nama ini... Nailah binti Al-Farafishah. Sekali lagi aku tertanya-tanya. Siapa Nailah? Namanya tak sepopular tokoh wanita @ serikandi islam yang kita kenal. Tapi percayalah... mendengarkan namanya saja kita sudah tahu, dia pasti insan istimewa.


Nasyid nyanyian Seen rain - Cinta Naela

Baik! Dah dengar lagu? Ok.. Jom kita kenal untuk cinta pula siapa Nailah binti Al-Farafishah...

Buat pengetahuan pembaca, Nailah binti Al-Farafishah adalah wanita yang dipinang & di kahwini oleh saidina Uthman bin Affan r.a. Satu nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Beliau (Uthman bin Affan r.a) adalah sahabat Nabi juga pernah menjadi menantu baginda Rasulullah.


Sedikit tentang Saidina Uthman bin Affan r.a...
Saidina Uthman dilahirkan di dalam sebuah keluarga Quraish yang kaya di Makkah beberapa tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Dia ialah salah seorang daripada orang yang pertama sekali memeluk Islam dan amat dikenali kerana sifat dermawannya kepada orang yang susah. Beliau juga berhijrah ke Habshah dan kemudian penghijrahan dari Makkah ke Madinah.


Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khattab dibunuh pada tahun 644. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam.


Sumbangan beliau untuk Islam amat besar. Salah satunya adalah berjaya menyatukan mushaf Al-Quran yang berbeza-beza kepada satu mushaf mengikut susunan mushaf yang dikumpulkan oleh Abu Bakar. Hingga hari ini, kita gunakan Mushaf Uthmani.


Beliau adalah seorang sahabat nabi yang dermawan. Semasa beliau di madinah membeli telaga air dari yahudi dan mewaqafkan ianya untuk keperluan masyarakat islam.


Beliau memperoleh gelaran “Zun Nurain yang ertinya yang memiliki dua cahaya. Sebabnya ialah kerana Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya dengan dua orang puterinya iaitu yang pertama kali dengan Rugayyah dan sesudah wafatnya semasa Perang Badar, maka Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya pula dengan Kalthum. Demikian besarnya kecintaan dan penghormatan Rasulullah s.a.w. terhadap Saiyidina Uthman R.A.


Tatkala isterinya yang kedua itu pula meninggal, Rasulullah s.a.w. telah berkata kepadanya, “Jika ada anak perempuanku lagi hai Uthman, tentu engkau ku ambil sebagai menantu."


SUBHANALLAH! MASYAALLAH! Itu cuma sebahagian kecil daripada kisah Saidina Uthman bin Affan r.a. Jom, kita kenal pula zaujahnya Nailah binti Al-Farafishah..


Diceritakan oleh Ibnu 'Asakir dan beberapa sejarahwan yang lain.

Sa'id bin Al Ash Al Umawi, seorang gabenor Kufah yang dilantik oleh Uthman bin Affan, menikah dengan seorang wanita dari bani Kalb, Hindun binti Al Farafishah bin Al Ahwash Al Kalbi. Tup tup, berita pernikahan ini sampai ke telinga Uthman bin Affan. Uthman bin Affan tahu yang gabenor Kufah itu mempunyai pemikiran yang jernih. Mesti Hindun adalah pilihan yang sesuai bagi Sa'id. Oleh itu, Uthman bin Affan menulis sepucuk surat untuk Sa'id.


Bismillahirrahmanirrahim
Amma ba'du.
Aku mendengar kamu menikah dengan seorang wanita dari bani Kalb. Beritahu aku tentang kehormatan dan kecantikannya. Segeralah tulis hal itu kepadaku.


Sa'id pun membalas.
Adapun kehormatannya, dia adalah puteri Al Farafishah bin Al Ahwash. Adapun kecantikannya, dia putih dan tinggi. Wassalamu'alaikum.


Uthman jawab surat itu.
Jika dia dia memiliki seorang saudara perempuan, maka nikahlah aku dengannya.


Lantas Sa'id menyatakan hasrat Uthman bin Affan kepada Al Farafishah, mentuanya. "Nikahkanlah puterimu dengan Amirul Mukminin," kata Sa'id kepada Al Farafishah.


Al Farafishah berkata kepada salah seorang anaknya, Dhab. "Nikahkanlah saudara perempuanmu dengan Amirul Mukminin, kerana kamu seagama dengannya." Dhab beragama Islam manakala Al Farafishah beragama Nasrani.


Saat itulah Dhab menikahkan saudara perempuannya, Nailah binti Al Farafishah dengan Uthman bin Affan yang membawanya ke kota yang bercahaya, Madinah Al Munawwarah.


Dan apabila mereka sudah berkahwin, sudah menjadi kebiasaan bagi seorang ayah akan memberikan nasihat kepada puterinya. Begitu juga dengan Al Farfishah. Antara nasihatnya :


Wahai puteriku..
Kamu akan bertemu dengan wanita-wanita Quraisy. Mereka lebih pandai daripada kamu dalam bab memakai wangian. Aku sarankan kamu untuk selalu melaksanakan 2 hal, iaitu celak dan air. Pakailah selalu celak dan harumkanlah tubuhmu dengan air sehingga harum tubuhmu seperti harumnya sebuah seramik yang disirami hujan.


Nailah benar-benar mendapat manfaat daripada nasihat ayahnya. Beliau begitu menjaga kebersihannya. Beliau faham sangat degan rahsia perkataan ayahnya, sehingga ketika sampai, Uthman sungguh terkesima dengan dirinya. Apalagi setelah membuktikan yang Nailah sangat beradab.


Ketika itu, Uthman mengusap kepala Nailah dan berdoa memohon keberkatan daripada Allah s.w.t. Nailah pun menjadi salah seorang isteri paling disayangi oleh Uthman. Dari pernikahan mereka, lahirlah Maryam binti Uthman.


Ada sebuah perbualan antara Uthman dan Nailah. (Serius aku tersenyum membaca perbualan ini.. Masyaallah!)


Uthman
"Apakah kau tak keberatan berkahwin dengan seorang lelaki tua bangka?"

Nailah
"Saya termasuk wanita yang lebih suka memiliki suami yang lebih tua."

Uthman
"Tapi aku terlampau tua."

Nailah
"Tapi masa mudamu sudah kau habiskan bersama Rasulullah s.a.w. 
Dan itu aku lebih sukai dari segala-galanya."



Uthman memuji Nailah. Salah satunya :
Aku tak pernah berjumpa dengan wanita yang lebih cerdas daripada Nailah. Malah, kecerdasannya boleh mengatasi kecerdasanku. Subhanallah!


Begitulah Nailah pada mata Uthman. Uthman amat mencintai sifat-sifat terpuji Nailah kerana sifat-sifat itu jarang dimiliki oleh wanita lain.


Nailah hidup di rumah Uthman dengan penuh penghormatan. Ketika pengepungan selama 50 hari, di rumah Uthman, orang yang tidak berenggang daripada Uthman ialah Nailah. Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar batu dan panah ke arah rumah Uthman. Tiga orang telah terbunuh. Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Uthman, namun masih ada dua orang yang melanggar perintah itu. Muhammad bin Abu Bakar yang mengetuai pembelotan itu. Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Uthman dan memanjat dengan tali itu, Nailah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yang ikal.


Uthman menegur Nailah..  "Tutuplah rambutmu dengan kain tudung. Sesungguhnya, rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku,"


Nailah sudah tidak mendengar kata-kata Uthman, yang penting baginya ketika itu adalah melindungi suaminya. Kedua-dua lelaki tersebut telah berada di hadapannya. Lelaki pertama menghayunkan pedangnya pada Uthman tetapi dengan pantas Nailah menahan dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya. Nailah menjerit kesakitan.


"Rabah!" Nailah jerit memanggil Rabah. Kemudian, Nailah membunuh Rabah.Dan kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar, dia menghayun pedangnya dan Nailah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jari tangan yang lain.


Muhammad mencabut janggut Uthman, memukul kepala dan menikamnya. Dia menyelar tubuh Uthman dengan pedang sedangkan sewaktu itu beliau masih hidup. Apabila Muhammad hendak memotong kepala Uthman, badan Nailah sendiri yang menahannya bersama puteri Syibah. Mereka berdua ditolak lalu dipijak-pijak. Ketika Uthman terbunuh, Nailah berkata,


"Sungguh kalian telah membunuhnya padahal ia telah menghidupkan malam dengan Al Quran dalam rangkaian rakaat."


Sesudah pembunuhan itu, tak ada seorang pun yang berani datang untuk memandikan dan mengebumikan jenazah beliau sehingga Nailah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Huwaitib bin Abd Uzza. Mereka tidak berani mengebumikannya pada waktu siang. Akhirnya, mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam jenazah Uthman. Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam. Berita kematian Uthman tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang membawa perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umat islam.


Nailah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi :
"Jika 2 golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jika yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggar perjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah."


Nailah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut oleh Muhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong. Walaupun  telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya. Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya. Nailah menolak dan mematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya,


"Mengapakah kamu patahkan gigimu yang cantik itu?"


Lalu Nailah menjawab,

"Aku tak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sepertu pudarnya kain-kain buruk dan aku tak mahu lelaki lain tahu apa yang ada pada diriku, seperti Uthman tahu."


Sebagai seorang sasterawan dan penyair, Nailah banyak mengubah sajak dan syair yang diabadikan buat suaminya. Dia menolak perkahwinan selepas perginya Saidina Uthman. Dia tetap setia meskipun selepas kematian Uthman. Dialah wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk perjuangan suaminya.

* * *
Tanya balik pada diri kita, kalaulah situasi cemas itu berlaku pada kita sekarang.... adakah kita seberani itu untuk melawan dan mempertahankan suami kita? ALLAH..ALLAH...! Semoga syurga tempatmu Nailah.




Didalam setiap untaian doa seusai solat
aku bisikkan pada Al-Khaliq..
andai suatu saat kau izinkan aku menjadi zaujah
kepada imam yang sudah lama ku nantikan...
jadikanlah aku insan yang sangat istimewa dihatinya
tidak menyusah dan membebankan
selalu bersedia menerima nasihat dan teguran
dan ikhlas dalam setiap langkah dan berbuatan
yang paling utama Ya Rabb,
jadikanlah aku teman yang menjadi penyejuk mata
dan penenang hatinya..

ALLAH..ALLAH




Jumaat, 6 September 2013

Cikgu Cekgi..

6/9/2013 @ Jumaat

Assalamualaikum...

Lama sungguh tidak mengupdate yer.. busy meh! Entry kali ni just nak share wajah-wajah happy go lucky kekanak rebena. Seronok betul jadi student ni tak payah pikir pasal nak cari duit. Hari-hari kena pergi sekolah, buat kerja sekolah, gosok baju sekolah, weekend pulak kena basuh kasut sekolah dan lah..lah..lahh yang seterusnya.

Tadi, entah macam-mana hormon happy terlebih-lebih. Jadinya, 3 kelas yang aku ajar tu.. semua aku ajak bergambo.. ahahaah! Depa seronok lah sebab tak payah belajar kan?

Best kali ni sebab dapat form6. Huh! Aman sikit dunia. Tak payah fikir budak-budak tingkatan bawah yang nakal sampai tak tahu nak habaq tu..Adakah patut diaorang main badminton dalam kelas aku? Cet!

Ni kelas lower six. Sekarang STAR tak pakai lagi nama macam batch kitorang dulu. Dulu ada BES,BEG & PSK. Sekarang pengetua dan tukar. Nak guna nama U sebagai nama kelas. Ni kelas lower six UM. Sangat senyap. Bagi kerja terus diam. Aku pulak yang tak boleh duduk diam bila diorang diam.. ahaha!







Ni form upper six UKM.. semua tengah busy dengan PBS. Nasib baik zaman aku dulu tak ada benda alah ni. Dok kaji cerun je kerjanya. 









Ni lak form six UUM.. kelas ni very the hyper! dalam gambar nampak complete 1 kelas kan? Haa.. tunggu lah den buka buku latihan. Lonyap semuo jejaka-jejaka tu! Hahaa..  Cer tengok ada sangkar oren kan?Ha.. itulah keunikan kelas ni.. bela hamster dalam kelas! 6 ekor semuanya. Hehe! Punyalah bertuah hamster tu, budak-budak ni bergilir-gilir bawa balik.






Peace yaww! dan bila cikgie nya interprem sama.. inilah hasilnya.. keh3!







jejaka idaman melaya. Faiz, Farhan & ... 

Uh..mata sudah melekit-lekit. berjam-jam nak tunggu upload gambar. Inilah namanya bahana broadband yang cap ayam. ggrr..! Bulan-bulan bayar mahal tapi perkhidmatannya... hampeh!

wish diaorang success STPM. Err.. to my little sis also..

Gudnite uols.. Take care & Xoxo!