Selasa, 13 April 2010

PERJALANAN MEMENATKAN

Harini, Selasa @ 13 April 10... aku balik kampus.Waaa...!! tak best betullah. Namun, kerana tuntutan mencari segenggam ijazah ku kuatkan semangat untuk pulang. Hmm.. 5jam perjalanan dan 3 kali tukar bus.Penat tak penat rasanya? Hanya ALLAH yang tahu.

Malam semalam, masa kat rumah lebih kurang jam 11.00 lebih mak masuk bilik aku.Well, benda ni dah jadi cam rutin harian. Mak memang akan masuk bilik and kitorang borak-borak.Maybe ini je time yang kami ada untuk berbual.Maklumlah, mak pun sibuk.

Lewat jam 2.00 aku still tak boleh lelap.Panas!Terlentang salah meniarap pun salah. Aduh! Kalaulah mata ni tak boleh lelap, gawat sok! Mana nak tempoh 5jam tu? Akhirnya hampir 4.00pagi baru aku dapat lelap.Itupun setelah aku bawa lari kipas antik yang kat ruang tamu rumah (tu just kipas hiasan ayah beli sebab unik and antik). Peh! Sound dia dah macam kipas helikopter.. weng,weng,weng..!!

6.20pagi...mak dah bising aku tak bangun-bangun. "Ye,Ye... dah bangunlah ni..." tu je yang aku jawab bila mak panggil. Heh!Dah bangun tapi mata lelap.Ape cite?

6.40pagi...akhirnya,aku bangun jugak! Well, tu pun pintu bilik aku dah kena gegar. Mak nak gi sekolah. So salamlah dengan mak. Cium-cium dengan mak, peluk-peluk dengan mak walaupun tengah mamai-mamai lagi.

"Dah,pergi subuh!Nanti kalau dah sampai sana call tau,"pesan mak.

aku "hmmm...baik." heh! Bercakap dengan orang mamai camtulah reaksi dia.

"Pergi mandi, jangan tidur lagi!!"

Wahahaaaa....! Sekali kena firelah! Aku tanpa berlengah terus ambil tuala and mandi. Hehe!

Tiket pukul 8.30 (Gemas-KL bus Transnational).Paling lewat aku gi pukul 8.15pagi. Tapi tadi sakit perut. Terlajak 8.20pagi.Heh! Aku cuak, sebab pernah beberapa kali ketinggalan bus.Apelagi, PECUTLAH..!!!!

8.45pagi bus baru sampai.Tersengeh-sengeh abg yang bawak bus tu.Huh!Dahlah lambat, senyum2 kat aku lak! Aku terus cari site than tanpa melengahkan waktu aku pun..krohh..kroohhhh...!!!!

11.35pagi sampai KL. Tunggu 2 sahabat aku lebih kurang 20minit.Sorang dari JB, sorang dari Ipoh.Lepastu, naik bus RapidKL sampai puduraya. 1.20tengahari naik bus Selangor. Lepas 2jam perjalanan,turun bus selangor naik teksi pulak lebih kurg 15minit dan sampailah ke kampus ku..

3.45ptg, baru selesai Zuhur. 4.00petang,baru nak makan, 4.45petang solat Asar. 5.00petang..hehe! Krohh..kroohh again!

7.30mlm, adik aku call.Ni sorang lagi, aku baru balik dah tanya bila nak balik kampg lagi.Pastu kalau aku jawab tak tau dia merengek-rengek sampai mak jerit kat belakang "Sudahlah tu!Maghrib..!" hehe.

Well, sekarang aku ngadap laptop.Nak siapkan proposal.Hmmm..jejak je kaki kat sini dalam otak tak da lain kerja-kerja-kerja! Tapi, itulah perkara yang harus dilunaskan selagi bergelar pelajar.



Semoga ALLAH memberkati masa dan memberi kelapangan bagiku melaksanakan tugasan. Amin!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...