Title atas tu "Hadiah Terindah" ... sebenarnya hadiah dimaksudkan adalah hadiah birthday tahun lepas dimana aku dijemput DIA untuk menjadi tamu di tanah suci penuh baraqah... Seumur hidup, itulah kali pertama aku merasai puas!
Ayah dan Atok adalah orang paling kuat dalam misi menunaikan umrah.Ayah sanggup tak kerja beberapa hari semata-mata nak berulang dr Gemas ke Seremban buatkan passpord untuk aku.Atok orang yang paling banyak menyumbang wang ringgit dan nasihat. Mula-mula takut juga nak pergi sebab kami berdua perempuan sepatutnya Atok pergi tapi dia tak sihat.Ayah dan Mak tunggu Haji.Aku cakap dengan Atok..Atok kata apa "Disana bumi barakah.Pergilah!Jangan takut..ALLAH sangat dekat dengan kita.Bila susah mohonlah dengan dia."
3.05.2009 - hari yang paling aku ingat kerana hari itu bermulanya kembara seorang hamba mencari redha Tuhannya..
Madinah Tun Nabi..
Suasana selepas subuh di Masjid Nabawi
Subuh Terakhir sebelum bertolak ke Makkah
Pertama kali menjejaki tanah Madinah aku tidak menangis.Cuba tersenyum. Tapi ketika pertama kali kakiku menjejaki raudhah dan menziarahi makam Rasulullah..tanpa bicara aku menangis.Menangis dan terus menangis. Tatkala aku menyebut.. "Assalamualaika Ya Rasulullah.." sekali lagi wajahku dihambur dengan deraian airmata. Ya Rasulullah, aku ummatku datang menziarahimu.Ya Rasulullah, kurniakanlah SyafaatMu bagi hamba yang jahil ini, Ya Rasulullah... jadikanlah aku sebahagian dari sahabatMu yang Syahid di jalanMu...
nenenda tersayang (tudung hitam)bersama jemaah lain
miqad di bir ali
Perjalanan ke Makkah tidaklah jauh.Namun hati ini tidak tenteram.Bila nak sampai, bila nak sampai.Tu je yang terlintas kat otak aku. Tapi setelah melepasi kawasan Makkah dan .. "LABBAIKALLAH HUMMALABBAIK..LABBAIKALA SYARIKALAKALABBAIK.. INNALHAMDA WALNIKMATA LAKAWALMULK LA SYARIKALA' ...airmataku jatuh bagaikan deruan ombak membelah pantai..
Sampai di Makkah hampir jam 11.30 malam (lbh kurg).After naik hotel,makan malam aku dan jemaah lain memulakan satu lagi perjalanan menyempurnakan umrah. Nenek naik kerusi tolak.So, aku jalan dulu sementara nenek tunggu kawan ustaz yang akan tolong tolak nenek.
First view tengok Masjidilharam? Sama jugak macam masa di Madinah just tersenyum but first view tengok kaabah aku...kaku.Tak boleh jalan.Jemaah lain dah gerak aku je yang tak gerak-gerak sampai ada makcik tu kata.. "Kenapa ni?Marilah..orang dah jauh tu," dia terus tarik tangan aku..
SUBHANALLAH...!itu sahaja yang mampu dilafazkan diantara dua bibirku. Dan sekali lagi airmata jatuh hingga aku hilang suara menangis tatkala tawaf dimulakan.Seluruh tubuh ini terasa gentar.YA RABBI,terimalah,terimalah taubatku ini..

tangisan manusia bergemuruh tatkala tawaf dihadapan kaabah
naik unta di Jabal Rahmah
Di Jabal Rahmah, telah kubisikkan pada RABBI tentang teman hidupku.PadaNya aku serahkan segalanya soal jodoh.Kerana aku yakin hanya DIA Yang Maha Mengetahui siapa yang terbaik buatku.Ya RABB, pertemukanlah aku dengan seseorang yang menyintaiku keranaMu..
Dilaut masjid terapung luat Merah
After this picture, kami berangkat balik.Dari Makkah ke Jeddah dan dari Jeddah transit ke Bahrain about xsampai 3jam than berlepas ke Malaysia menaiki pesawat Gulf Air (7jam lbh). Aku demam.So, selepas ziarah laut merah dah xada picture sebab dah tak larat.. heh! Demam itu akibat percikkan api neraka kan?Tapi aku bersyukur dipermudahkan setiap saat perjalanan.Alhamdulillah nenek walaupun uzur tak sekalipun tak sehat.Hanya aku yg demam.
RABBI, aku rindu debu kota suci yang hinggap dijubahku.Aku rindu akan gemersik suara angin panas dingin di Alharam.Aku rindu suasana gemuruh ummah manusia menangis tatkala tawaf bersama. Aku rindu manusia yang berpusu-pusu mencari tempat solat.Aku rindu wangian kasturi dari baldu kaabah yang pertama kali kusentuh menyerap ke hulu jantung.
Aku rindu kesejukkan air zamzam yang setiap kali diteguk dikerongkong dinginnya menjalar keseluruh urat nadi.Aku rindu pada merpai-merpati yang terbang jinak menyambung kami tatkala pulang menunaikan solat.
Aku rindu jeritan Syeikh ("Haram!Haram..!")yang membawa penumpang buat miqat di Tannaim.Aku rindu keramahan ummah-ummat islam di Makkah.Aku rindu Masjidilharam...
Aku rindu..
Aku rindu..
RABBI, jemput lagi aku kesana..Sesunguhnya hamba ini masih rindu dan akan terus merindui tanah suciMu.. Izinkan lagi aku menemuiMu Ya ALLAH! Illalliqa' AlHaram..!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...