Title atas tu "Hadiah Terindah" ... sebenarnya hadiah dimaksudkan adalah hadiah birthday tahun lepas dimana aku dijemput DIA untuk menjadi tamu di tanah suci penuh baraqahnya... Seumur hidup, itulah kali pertama aku merasai puas!
3.05.2009 - hari yang paling aku ingat kerana hari itu bermulanya kembara hamba mencari redha Tuhannya..
Madinah Tun Nabi..
Suasana selepas subuh di Masjid Nabawi
Subuh Terakhir sebelum bertolak ke Makkah
Ketika kakiku pertama kali menjejaki tanah Madinah aku tidak menangis.Cuba tersenyum. Tapi ketika pertama kali kakiku menjejaki raudhah dan menziarahi makam Rasulullah..tanpa bicara aku menangis.Menangis dan terus menangis. Tatkala aku menyebut.. "Assalamualaika Ya Rasulullah.." sekali lagi wajahku dihambur dengan deraian airmata. Ya Rasulullah, aku ummatku datang menziarahimu.Ya Rasulullah, kurniakanlah SyafaatMu tatkala aku disana kelak Ya Rasulullah... jadikanlah aku sebahagian dari sahabatMu yang Syahid di jalanMu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...