Ahad, 1 Ogos 2010

Selamat Pagi Dunia!

SELAMAT PAGI DUNIAA..!!!

Hurmm... Aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan kemudian ku hembus perlahan-lahan. Lalu aku membisikkan syukur kehadrat Illahi.Alhamdulillah, aku masih boleh merasai dingin angin dipagi hari ini.

Isnin @ 2/8/2010 @ 6.50pagi.Cuaca diluar masih gelap.Nafsu tidur masih memuncak aku masih belum mahu melelapkan mata.Tadi pun kurang 2 jam aku tidur.Nasib baik hari ni memang tak ada kelas kalau ada, alamatnya terganggut-sanggutla aku dlm bilik kuliah tu nanti.

Insyaallah,hari ni puasa sunat syaaban.Hmm..semoga ALLAH memberikan semangat & kesabaran meniti waktu sehingga masuk berbuka nanti.Bukan apa,orang puasa ni banyak dugaannya.Nak lagi dengan cuaca yang panas terik.Hmm.. semoga ALLAH memberkati apa yang aku lakukan.



Tengok roommate yang masih bergulung.Uhh! jealous nya.Tapi, mata masih tetap pada my Lappy ni.Bukak blog hmm..lagilah! jari-jemariku yg tembam2 ni non-stop la gamaknya menulis.heh!

Pagi2 ni wireless laju.Maklumla, orang tak ramai guna.So inilah kesempatan aku bukak blog.Insyaallah, Jumaat ni balik kampung.Haha! Semalam dah kena perli ngan ayah. Asyik balik je.Well, nak buat macam mana...kampungku,rumahku,keluargaku..syurgaku! hehe..

OKlah.. stop sini dulu ye.nanti2 kita chat2 lagi.hehe! Da..Daaa.. ASSALAMUALAIKUM PENDUDUK DUNIA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...