Ahad, 13 Februari 2011

Bengkulu Indonesia (Vol 6)

Hari ini aku dirumah nenek.Mcm biasala, kalau cuti 4 hari rumah mak 2 hari rumah nenek 2 hari.huhu..dah mcm bermadu pulak mak & nenek ..hik3! Hari ni sbnarnya malam tadi plan nk masak udang masak pedas tempoyak tapi dan dan tukar plan nak masak ayam masak kurma. Huuu..

Nenek kata tak reti masak lagipun bahan2 dan rempah kurma tak ada.Aku kata "Don't worry, Boy kan ade.." aku pun pujuk la adik aku untuk gi kedai beli bahan2. Hehe..Tepat pukul 10.00 pagi kami dah mula kedapur.

Nenek kata cammane nak masak?Atok kata..dia boleh masak.So kami pun tryla.Mula2 suasana agak tegang gakla masak bila semua yang nenek cakap salah.Sume serba salah.Aku yang dok potong kentang pun kono sekali.Uih!

Pastu aku men bedal je masak.Tak dengar sangat ape yang mereka cakap.Dah akhirnya... Uih!Lazat hingga aku orang last yang sudah makan.Lepas makan dok tengok nona, main laptop sambil tengok puteri impian kat tv3 pastu..ZzzZ..After asar aku dok mengadap Laptop.Nak sambung perjalanan ke Bengkulu Indonesia.

16/12/2010.

Tok Amril ambil kami lebih kurang jam 11.30pagi menuju ke dataran padang kediaman gabenor untuk melihat pembuangan tabot.Kan malam tadi kita dah tengok tabot bersanding, so siangnya adalah majlis pembuangan tabot.Masa ni jugaklah diumumkan siapa pemenang hiasan terbaik tabot. First price 2juta Rupiah. Bersamaan lebih kurang RM720 duit kita.


ni adalah acara dimana gendang dimainkan menandakan bermulanya majlis pembuangan tabot




sepanduk yang ditulis dengan kalimat 'Ya Hassan, Ya Hussin..'

barisan ketua & bapak gabenor

tok da atas pentas



Selepas tamat pesta Pembuangan Tabot kami ke rumah makan.Dalam perjalanan Tok Sirhan datang bersama isterinya nenek Syuhada' . hehe! Sekepala ngan aku.kitorang yang dok belakang asyik dok berborak je.Non-Stop!

Makan di Restoran Minang-Padang..huh! Memang lazat! After makan kami berbagi.3 orang naik kereta Tok Amril dan aku & nenek naik kereta Tok Sirhan.Mula2 kami ke Jengalua. Dok borak2 & solat zuhur.Sempat main dengan Ka @ Hamka cucu Tok Amril dan borak2 kat dapur dengan Kak Itti.

Lepas tu, kami ke rumah Tok Johan.Borak2 sambil minum teh tarik buatan Kak Abby.Heh! Best2! Kurang sejam kami berangkat pula ke rumah Pak Cik Sharifuddin.Sampai sana pun sama, borak2 sambil minum teh O.. atok call dari Malaysia nak cakap dengan PakCik Sharifuddin.

Tp,yang kelakar Tok Sirhan asyik dok cuit PakCik Sharifuddin minta di pas fon 2.Aku tunjuk gambar atok,aku nampak wajah Tok Sirhan terutamanya berubah. Dia kata "Rindu nian dik," aku senyum.. Aku tahu & aku nampak rasa rindu itu terkepung diwajahnya.

Sejam dirumah PakCik Sharifuddin kami ke Pagar Dewa rumah Tok Sirhan. Kami dihidang dengan kuih bengkulu.Macam-mana nak cakap rupa kuih die eh.. bentuk dia macam kuih cekodok ikan bilis kita tapi dalam dia ada telur burung puyuh rebus & dicicah dengan kuah kicap cili potong. Haa..

Dan disana aku jumpa Kiki anak Tok Sirhan.Budak dia sweet & nakal! heh! Lepas solat asar kami ke Terminal.Kalau diMalaysia terminal ni tempat tunggu bus @ train kan?Tapi kalau kat sana terminal tu tempat jual barang2 @ pasar basah.

Nenek borong kain pelikat and kain batik.Nek Da borong telekung.Aku?Aku borong keropok jangek.Hoho..

After this kami balik hotel & rehat.Malam 2 kami takda stok makanan so kami pun order la makanan.Nasi putih + Sayur kangkung + Gado2 + Ayam goreng masak margerin = Rp100,000. Nampak gempak je Rp100,000 tapi duit kita lebih kurang RM36 ++ la..

Lepas tu malam kami diulit tidur yang lenaa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...