Nenek: "Sikit lagi nak masuk bawah katil.Tido kemain lasak! Tak taulah dah kawin nanti macam mana.."
Aku : "Brrrrrr.." hehe!
Nenek : "Kenapo ni? Dah ghoman orang digigit dek ponyongek dah ha..!"
Aku : "Panasss laaaaa...."
Nenek : "Banyak doso 2.."
Aku : "Brrrrrr...." -Nenek bangun bukak kipas.
Aku : "Panas ko nek?"
Nenek : "Ha'ah..berbahang raso eh."
Aku : "Banyak doso la 2.."
Nenek :"Eh..eh..eh! Tidolah!"
Aku : "hahaahaaa.."
Macam 2 la gelagat aku ngan nenek.Even dah tuo pun nak tido sebilik ngn nenek lagi. Harini, Hmm..nak balik pun salah xbalik pun salah.nenek selalu betul buat muka emo time aku nak balik. "Ok2..esok petang akk datang balik ya?" dan demi mendengar janji tu, muka nenek senyum balik.
"OK2..pukul berapa agak2nya tu?" aku angkat bahu. "Petang la.." nenek senyum lagi. YA ALLAH..macam-mana lah kalau aku dapat kerja jauh nanti?
Bercerita bab kerja.Hmmm... satu benda yg merunsingkan aku lagi.Insyaallah, kalau xada apa2 rintangan bulan 6 ni aku habis.Insyaallah, bulan 11 aku konvo. Tapi masalah 1 ni selalu datang di kepala aku. Nak kerja apa eh? Aduhaiiiii...
Rutin harian mak sebelum masuk tidur akan masuk bilik anak2 & berbual. Dalam masa yang sama sesi curhat (curahan hati) berlansung. Anak die dah kerja anak die nak kawin anak si ini anak si itu.. adohh!pening palo den!
Minggu ni je aku dah dapat 2 jemputan perkahwinan.Sorang dari kawan sama sekolah dulu & sorang lagi kakak housemate aku dikampus dlu. "Sumo eh dah nak kawin..ekau bilo laie?" begitulah dialog antara aku dgn bestfriend ak yg da ade anak 1.
"Aku? kau tanya aku?"
"Hek eleh! Yolah, den tanyo kau lah takkan tanyo kek ayam kot?"
aku gelak. "Nanti2 la Yah..aku belajo pun belum habis.Calon pun xde.Muka pun xlawa.Duit lagi lahh! Ado duo inggit jo ha sekarang...nak kawin cam mano?"
"Alaa..abah kau kan ado.Mintalah sponser" aku gelak lagi..
"Kau ingat abah den tu gabenor bank negara ko sonang2 nak minta duit.."
Giliran Yah pulak gelak besar. "Husna..tembamnya" aku main2 lg kaki anak Yah.
"Ha.. naluri keibuan dah ado.dah tak lamo lagi 2.Carila lit oi..sokarang ni dah tak buleh tunggu2 lagi dah.Kito makin tuo.Nanti tak do orang nak"
Tua? siapa tua???Aku baru 24tahun lah! tensen aku! Kalau umor aku dah 54 tahun xkawin2 lain crita la. Yah2...
Aku sebenarnya masih mencari..sepanjang perjalanan hidup aku sentiasa menjadi pengembara. Kembara mencari redha Illahi, kembara memcari kejayaan hidup, kembara menjadi muslimah yg lebih baik baik dr sebelumnya dan kembara mencari cinta dr insan yang mahu menerima diri ini seadanya.
sepanjang pengembaraan itu berbagai onak dan duri sudah ditempuh. kembara mencari redha Illahi adalah kembara yang tiada hujungnya, kini aku masih mengembara mencari kejayaan hidup.Aku cemburu bila dengar dia..dia dan dia berjaya.Aku juga mahu! Cuma mungkin saat ini detik ini belum rezekinya. Jadi, tanpa jemu aku menadah tangan.. semoga RABB mahu memberi kemurahan rezeki padaku.
dan kembara mencari cinta...
"Kekasih halalku masih dalam rahsia Kitab Illahi.
Aku menantinya untuk kuberikan hati ini kerana
di dalam jasadku bersemadi tulang rusuknya.
Dialah sebenar-benar pemilik cintaku
setelah Allah dan Rasul."
bukan semudah cari dah pilih. Ini soal lebih dari itu. Aku tidak mencari kesempurnaan tetapi cukuplah dia yang boleh melengkapi kekurangan diri ini..

Aku mencari dia yang berwajah tenang..
Aku mencari dia yang mahu menjadi Imam bagi solatku…
Aku mencari dia yang sentiasa ada disisi sebagai pendampingku yang setia..
Aku mencari dia yang sentiasa menuntun tanganku menuju ke Jalan ILLAHI..
Aku mencari dia yang sentiasa senyum walau dalam perit dan sakit..
Aku mencari dia yang sabar meniti hari-hari bersamaku…
Aku mencari dia yang sudi menerima seadanya aku..
Aku mencari dia yang dihatinya tidak pernah surut dari menyayangiku..
Aku mencari dia yang jiwanya sentiasa zhuhud..
Aku mencari dia yang tidak pernah mencari kesilapan tapi membetulkan segala kesalahan..
Aku mencari dia yang menjadi perisai bagiku dalam segala situasi agar aku gagah kemana jua..
Aku mencari dia yang tidak pernah membiarkan aku menangis..
hmm... "RABB, hanya kau yang maha tahu siapa yg terbaik buatku.. aku serahkan kembali segala urusan padaMU sesungguhnya aku yakin segala ketentuanMU..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...