Lama sungguh jari-jemariku berehat.Hmm..entahlah, sejak dua menjak ni semakin malas memerah otak menulis & meng 'update' blog. huhuu... Novel ku..hmm..tergendala lg la nampaknya.Cerpen? Hmm.. aku sedang berusaha untuk membuatnya.Aduh! Dulu satu hari boleh buat sampai dua.Sekarang? Dua bulan tak tentu boleh buat 1 cerpen.
Tiba-tiba jadi teringat zaman sekolah dulu. Sejak form 1 aku selalu ikut pertandingan bulan bahasa. Yang paling bestnya, aku tak pernah beli buku rujukan.Sebab apa, setiap kali aku menang pertandingan bulan bahasa hadiahnya mesti buku rujukan.Heh! Untung kan?
Paling sweet, bila aku memang johan penulisan sajak. Klinik kerajaan Gemas masa tu tengah buat kempen sempena hari kesihatan.So,mereka nak student area daerah tampin Gemas untuk join mereka buatlah pertandingan penulisan esei dan sajak.
Kawan aku si Yah 2 la mulanya...cikgu suruh dia masuk.
Yah : "Aku mano tau tulih sajak Lit..ko tolong la aku.."
Aku : "Apo aku pulak? Habih, kalau ko tak ghoti napo kau poie isi borang tu?"
Yah : "Da Cikgu Zarina suruh.Den tak tau nak bagi alasan apo.."
Aku : "Camnilah..den tolong kau, tapi hadiah bagi duo!"
dari situlah bermulanya aku berani menulis sajak secara terbuka. Dan hadiahnya memang lumayan.Dapat duit sikit, sijil, novel & jam.Huhu..menang johan mengalahkan student form6 padahal aku form4 masa 2.Peh! Kagum pada diriku sendiri.hahaa..
Sekarang, aku merasakan menulis sebagai satu keperluan.Perlu bila aku rasa aku sangat marah.Perlu bila aku merasa aku sangat sedih dan perlu bila aku berasa aku perlu menulis.
Seronok bila tengok karya di Scribd diterima pembaca.Huhuu.. ALLAH yang memberikan Ilham, Aku mohon Ya Rabb.. biarkanlah ilham itu sentiasa ada padaku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...