Selasa, 19 Julai 2011

Kehilangan lagi...

Selepas semalam kami fikir semuanya da OK. Mak balik dr sekolah around 3.00petang. Mak terus gi ruang tamu depan. Mak tanya mana kucing2? Dua tiga hari ini, kucing adalah topik yg sangat hangat diceritakan memandangkan rumah kami semakin sunyi tanpa suara2 kucing.

"Tu, abam ada tidur dekat pasu bunga."aku tunjuk Abam pada Mak.Terus mak ambil Abam pastu cium abam.Abam demam lagi.Macam tu jugak Abgcik.Langsung xnak disentuh.Gi tidur bawah meja kat beranda.Kesian sangat2.. tadi aku cakap dengan Abgcit, "cepat2 la sembuh ya,"

5.30 petang : Aktiviti penganggur tegar mmacam aku apa lagi tidur.Tapi pukul 5.30ptg mak ketuk pintu bilik aku.Aku bukak mak da takde.Eh?Mana mak ni..aku gi dapur tengok mak kat pokok mangga.Kenapa?

Aku terus cari selipar. "Kenapa mak?" aku tanya. "Idek.."jawab mak ringkas sambil mengesat airmata.Hidung mak dah merah2.

Ya ALLAH sekali lagi kami kehilangan penyeri rumah. Dalam bulan ni kami dah kehilangan 3 ekor kucing. Kami tak mahu ada lagi selepas ini..

"Gi lah tengok,"mak suruh aku

"Taknak lah.."jawabku ringkas

"Kenapa?"tanya mak

"Taknak..takut sedih macam semalam.Takut kesian...."mak diam.Idek, maaf ya.. along tak sampai hati nak tengok idek.Maaf ya sayang...


Masih mengesat2 mata & hidung. "Idek da takde..."kata mak.Aku hampir menangis...uh! biarlah..dia kalau mati xkan dihisab amalan seperti manusia.

Terus sms angah. "Ngah,idek da mati,"

Langsung xda respon dr angah.Tak macam masa aku bagitau pasal Tatam & pajang. Kami sekeluarga tau angah paling sayangkan idek selain mak. Apa yang angah selalu cakap "Idek adik angah..."

asal balik kerja je terus cari idek. Ingat lagi masa rumah kami banjir, bawak semua kucing rumah nenek.Idek ilang.Angah sanggup redah gelap malam semata2 nk cari idek. Pastu lbih kurang pukul 3pagi bunyi suara idek kat bawah.Automatik angah bangun dari tidur terus berlari cari idek. "Idek adik angah gi mana tadi?"hmmm..

Idek da xda...



Idek kucing ak yg paling beso.Berat! Nenek tak terangkat.Maklumla kudrat orang tua. Hmm..Ingat lagi time dia kecik2.Boy selalu ambil wiskes than susun satu satu lepastu jentik.Surela si kucing mengejar wiskes yang aboi jentik. Idek x.. die menggunakan kuasa perutnya utk menahan.Die tidur kat tengah2 than bila boy jentik mestila tersekat kat bawah perut die kan? hehee..bijak2.Boy kata, idek main tipu! heee..tapi itu cuma secebis kenangan kami...

Sekarang ni mak still mcari kucing2 kami yg lain.Nampak sangat mak kehilangan.Hmmm...

Hari ni, airmata cuma bergenang. Idek, along sayang idek...sayang sangat.Bye idek..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...