Alhamdulillah.. hari ini Insyaallah hari yg ke dua semua ummat Islam mengerjakan ibadah puasa. Ramadhan datang lagi membawa jutaan rahmat bagi semua penduduk bumi.
Ramadhan kali ini, aku berazam mahu menjadi muslimah yang lebih baik dari sebelumnya. aku berazam tak mahu tinggal terawih. Aku berazam mahu membaca Kalamullah sebanyak mungkin yang aku mampu..
2 malam terawih, alhamdulillah.. indah hanya milik Tuhan.
Ya Rabb,
dalam setiap sujudku aku mahu merintih padaMu
ampunkanlah dosa2 ku
Ya Rabb,
dalam takbirku aku mahu berteriak memanggil namaMu
biar gentar hatiku dengan kebesaran Asma' Mu
Ya Rabb,
dalam kiamku aku mahu membisikkan padaMu
betapa aku rindu sentuhan kasihMu
Ya Rabb,
dalam doaku aku sentiasa mahu meminta..
jauhkanlah kami sekeluarga dari kesusahan & kesedihan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...