aku balik umah mak.
Ayah dengan mak tengah tengok2 kawasan rumah. Huu..dah macam YB lawat kawasan dah nengoknya. Dari dapur buleh dengar mak & ayah discuss nak buat macam ni la nak buat macam tulah.aiii...makin bosalah umah den ni nanti. huu..makin sakit la pinggang den menyapu eh!
Uih! Apo dah jadi umah den ni?? Bersepah-sepah! Dengan meja kerusi kat beranda yang tunggang tebalik. Apo kono eh ni? Dari sisi kanan rumah nampak ayahandaku tengok dok mengecap umah.Walaa..warna cekelat cair taon nih!
"kenapa ni mak?"tanyaku pada mak yg keluar dari pintu dapur
"tengah kemas rumah.."
Oo.. memang rumah kami tengah renovate sikit tapi setahu aku kat bahagian dapur & belakang je. Ni apo pasal pulak garaj, beranda & bilik stor yg bersepah2?
"Ni bukan apa..tengah buat persiapan untuk along la,"kata ayahku.
Persiapan?? Ayah den ni tak sudah2 nak kono kan den! huh!
Den wat tak tahu je lalu masuk kedalam rumah.Huu..ayah kalau dilayan poning palo den nanti..
Ayah : "Rumah dah semakin cantik.Dapur baru dah nak siap.Semua ni tunggu along je lagi"
maksudnya???
"Yelah..along nye kenduri kahwin nanti..senangla.Semua dah tersedia.
Aku : "GLUUPP!!" Kahwin??
"Sekarang ni tengah tunggu along cakap ade calon ke tidak je..Kalai ade ayah on je ni!"
Aku pandang mak. Mak aku diam je tapi sonyum2. Ah sudah! Apo kono lak mak ayah den ni..
"Kena cari calon2 kojo dulu baru buleh kahwin.Kojo pun susah nak dapat."jawabku.
"Kerja boleh cari..sekarang ni memang susah cari kerja tapi insyaallah..mesti ada rezeki punya,"kata ayah
"Tapi tak pa.Takde kerja pun tak pe.Kalau along dah ade calon biar ayah sponser semua.Kawin dulu!"
Aku : ERRKKK!! (sapo taknak kawin...cumo CALON eh takdo! Huu..)
"Along, Dengar x?" aku sengeh. masuk ni dah banyak kali ayah den ni bagi green light. hmmm...Ayah den semakin bersemangat bila mana anak makngah ku yg sebaya denganku telah bertunang sebulan yang lalu. huuuu...
Aku cerita ngan adik2 aku.die orang sume gelak.Huh! Korang bila dah umur 24 tahun taula ghaso eh!
Boy: "Serius ke kau nak kawin long?"
Aku: "Nape pulak?"
Boy: "Takla..kau kan gila.ade ke orang nak?"
Aku: "KURANG ASAM NYE BUDAK! KAU KATA AKU GILA YE!"
angah,kakcik,boy : "HAHAHAHAAAA...." Huh! komplot2!
Setiap solat, aku hanya mampu menadah tangan memohon belas ihsan dari ALLAH,Tuhan sekalian alam. maka berbisiklah hati..
"Rabb, Ampunilah dosaku.Dosa kedua ibubapaku. Doa nenek datuk, adik2ku serta semua ummat Islam.Rabbi,permudahkanlah urusanku.. murahkanlah rezekiku, jemputlah aku ke tanah suciMu utk mengerjakan Haji & umrah.Peliharakanlah kesihatanku. Jauhkanlah aku dari kemungkaran,kecelakaan & kemaksiatan. Jauhkanlah aku dari gangguan syaitan. Pertemukanlah aku dengan seseorang yang dapat memimpin aku mendekatiMU & permudahkanlah urusan jodohku.."
amin! Ya rabbal'alamain..
so sweet ur fmly....dh ader green lite tuh...cepat carikk hehhe....
BalasPadamhehe..den bg peluang cik aja yg dah ade calon tu..hehe!
BalasPadamehem!! i pun follow jgk.......!!! hahahahaha
BalasPadamhaha! akhirnya.. terima kasih kerana sudi follow anak pak tang nye blog.ahak!
BalasPadamhaha!! same2...nk gmbr raya! cpt2!!
BalasPadamsabaq la cik sepupu..esok2 eh? nti da upload den msg ko.. huu
BalasPadam