Khamis hari tu, adindaku Kakcik balik. Seronok! Hehee.. aku sengaja balik rumah mak sebab nak tunggu dia balik. Angah tak dapat balik sebab malam jumaat die ade koko..aih! jumaat bukan cuti 1Malaysia ke? Malam2 pun ade Koko jugak? hmm..
petang masa dia balik aku tak bercakap sangat dengan dia.Nampak die letih je. Bila aku tanya sepatah, sepatahla die jawab. kalau aku tak tanya..melopong nengok tv.huh!
Malam, boy kata die nak tengok tv so kakak2 die tak dibenarkan mengganggu. "Gi tengok tv dapolah!" die membebel. huh!
Aku ajak kakcik masuk bilik aku. Meh tengok muvi jom! Cerita apa? Cerita yang aku download 'Baik-Baik Sayang' . Movie Indonesia , kump wali band pelakonnya. Boleh tahan... Best! masuk bilik tutup lampu & buka loudspeaker. kalau kat panggung wayang ade popcorn tapi kat bilik aku tgk muvi sambil makan coki-coki.jadilah!
Aku : "Laparlah..kakcik xlapa?"
die : geleng kepala "Kenyang"
Aku : "Makan apa kenyang?"
die : coki2
Aku : "Mkn coki2 kenyang? Huh! bia betul?"
die : "Kan petang tadi da makan.so kenyangla"
Aku : "taknak makan?Betul?"
die : geleng "ngantoklah.."
aku : "Baru pukul bapa?"
die : alamak! sudah ZzzzZzzzzzzzzzzzzzz......
aku bangun di dapo cari nasik lepastu gi luar tengok cerita seram yg tak berapa nak seram kt tv3. pastu tengok cita cina kt tv2 pastu masuk bilik sebab boy nak tengok WWE
boy : "tanak tengok?"
aku : "Ee..tanak r..wat dosa mata je tengok aurat lelaki"
boy : "Hahahaa"
Mak masuk bilik aku. "Kakcik, bangun2..tidur bilik kakcik."
Aku : "Bialah mak..."
mak : "xpe ke kakcik tido ngan along?" (sbb mak tau bilik aku ni bukan sume org leh masuk)
aku : "Takpe..bialah die tido.penat la tu"
Lepas Isyak aku dok atas katil main games & akhirnya tertidur. Tapi, ah! Kakcik nih..ganas sungguh! Sepak sini tendang sana.tensen akulah! Lopeh tu polok den mcm den ni bantal busuk deh.ghimeh!
esok, aku cite kat die. die gelak... "Padan muka!" katanya.huh! Kuwang asyam la tu.. Mak pagi2 dah gi sekolah.. ade jamuan merdeka raya disekolah katanya.
lepas masak sarapan utk ayah & boy aku ngan kakcik siap2 nak jalan2 kat pekan gomeh (cam jao na bunyi eh.hehe!) jalan2 kdai singgit.pastu ambil laptop angah, than di kedai hadiah.gi kedai buku (always!) and last bli ayam bhgian dada 3 ketul. nak masak satey...
-Sabtu-
Mula aktiviti memasak satey. Sepatutnya diperap paling koman 3jam @ nak lagi sedap semalaman tp krn kurang sabar aku hanya memerap selama 1jam.
bila masak terus bg kt atok. bia atok jd tester masakan..
"Cmne tok?"
atok : "Booo.. leh lah!"
aku : "Sedap tak?"
atok : "Ooo... K lah!"
aku : Mcm2 intonasi suara daaa...
After masak satey gorengku kami pun kenduri lah ramai2. Nenek sengeh. Sedap tak sedap tak taulah.yang penting aku tau nenek suka sebab senyumannya sampai ke telinga. Boy : "Sip! Boleh bukak kedai long!" tu jelah ayat die...
-Petang-
tgk muvi lagi. hehe! sambil duduk ramai2..seronok...bergelimpangan masing2..ahak! pastu habis muvi aku ngan kakcik citcatlah kat bilik. Mcm2 yang kami borakkan, dari kisah trial SPM die, SPM bln 11 ni, rancangan masa depan, nak jadi apa, resepi buat roti, buat piza, cake, restoren sendiri dll..
sebabtu aku boleh kamcing dengan die.kami sekepala. Angah... die ni lain.pendiam. so komunikasi terbatas. ngan kakcik, kalau tak gelak & tak gadoh memang tak sah!
-Malam-
Kakcik wat perangai. Die tarik tilam tido kat bawah.
Aku : "Npe tido bawah?"
die : "Kang kalau lasak komplain.elok tido bawah"
aku : "Laa..touching ke?Mehla tido atas ni.."
die : "Tanak! Sini lagi best. Lapang sungguhhhhhhhh...!!"
aku : "tanak sudahlah ai..huh!" die gelak
aku : "Mana mp3 saya?"
die : gelak lagi. "Nih!"
aku : "Tak boleh sorok! asik jumpa je..
die : hahahahaa
-Ahad-
3.30ptg...die nak balik asrama.Muka die cam duit seposen.heh!
Kakcik : "Bye bye..."
aku : "Byee..bile balik lg?" saja tanya wpon aku tau bila die balik lg
Kakcik :"Mcm biasa..2minggu lg"
Aku : "Alaa..boringla.."
Kakcik : senyum sambil cium tanganku
Aku : "Take care.."
Kakcik : angguk sambil melambai2 tangannya.
Hmmm.. best friend saya da balik asrama.so tinggallah saya sendirian.hanya ditemani oleh abgcit, meaw, cik com, chacha & memot.. uh uh uh..!
lagi 1 ... da lama aku aim ayam katik ayah aku tu. Sengal ubi betul! Selalu cari pasal ngan aku. slalu membuat najis kumbahan di tangga rumahku. Dahla den baru mop.pastu cari gado ngan anak2 kucingku. huh! Kau ingat kau katik comel sangat lah eh?! huh! Tunggula pembalasanku wahai ayam katik.


huh! ingat kan cinta antara kau dgn siapa la td.... bila nk wat entry introduce ur bf ha????
BalasPadambf?? best friend @ buffalo? ahakk! xde bf la yang cmne nk introduce..
BalasPadam