Malam ni, aku tengok Halaqah Sentuhan Kalbu di tv9. Aku tersentuh sama sekali dengan kata2 ustaz yang menjadi jemputan malam ni. Antara kata-katanya yang amat menyentuh hatiku ialah.. "Kalimah Syahadah adalah kalimah yang akan kita pegang sama ada semasa kita hidup hinggalah saat kita mahu meninggal nanti."
Dan kalimah yang tidak akan kita dengar adalah Kalimah 'Innalillahiwainnalillahirojiun..' sebabnya, kalimah itu hanya akan didengar oleh keluarga & sahabat handai iaitu berita tentang kematian kita..
Dalam masa yang sama aku juga telah membaca buku 'SOLUSI' yang telah ku beli di bookstore. Hmm.. rencana yang aku baca adalah tentang .. Solat.
"Kalau kita mahu berbicara terus dengan ALLAH maka, solatlah.Ketika itu kau sedang berbicara terus dengan DIA"
-SOLAT ITU SATU DOA UNTUK KEBAIKAN-
Betapa istimewanya solat....
Tapi, betapa susahnya nak solat dengan kusyuk. Diantara kita, bukan semua tahu maksud disebalik bacaan yang kita baca. Dan kerana itu juga menjadi salah 1 sebab mengapa solat yang kita dirikan tidak kusyuk.Sebab kita tak faham apa yang kita baca.
So, entry kali ini serious sikit..aku ingin berkongsi tentang maksud bacaan bagi setiap solat yang kita tunaikan. Semoga menjadi manfaat...
Mari kita berkongsi ilmu, dari awal niat hinggalah memberi salam...


"kita mengaku bahawa Allah itu Maha Besar.Kita tunduk sujud pada kebesaran Allah.Namun mengapa setelah kepala diangkatkan dari sejadah kita jadi manusia yang angkuh lagi sombong kembali?"

1. NIAT
"sahaja aku menunaikan solat fardhu ( subuh-4 rakaat,zuhur-4 rakaat,asar-4 rakaat,maghrib-3 rakaat,isya'-4 rakaat) kerana Allah Taala"
2. TAKBIRATUL IHRAM
"Allahu Akbar".. = Allah Maha Besar..
3. DO'A IFTITAH

Allahu Akbar Kabira walhamduliLlahi kathira.. =
"Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya"
wa subhanaLlahi bukratan wa asila.. =
''Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang"
wajjahtu wajhiya liLlazi fatharas samawati wal ardhu.. =
"Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi"
hanifan musliman.. =
"dengan suasana lurus dan berserah diri"
wa maa ana minal musyrikin.. =
"dan aku bukan dari golongan orang musyrik"
inna solati wa nusuki wa mahyaya wa mamati.. =
"Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku"
liLlahi rabbil 'alamin.. =
"adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam"
la syarikalaHu.. =
"Tidak ada sekutu bagiNya"
wa bizalika umirtu.. =
"dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya"
wa ana minal muslimin.. =
"dan aku dari golongan orang Islam"
4. AL-FATIHAH
Apakah maksud setiap ayat dalam ummul Furqan ini? Sepatutnya kita hafaz maksudnya sebab al fatihah merupakan surah yang lengkap dengan segala-galanya.
Mari kita hayatilah maksud di sebaliknya...
1. BismiLlahirRahmanirRahim.. =
"dengan nama Allah yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang"
2. AlhamduliLlahi Rabbil 'alamin.. =
"segala puji-pujian hanya bagi Allah Tuhan
sekalian alam"
3. ArRahmanirRahim.. =
"Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
4. Maliki yaumiddin.. =
"yang Menguasai hari pembalasan"
5. iyyaKa na'budu wa iyyaKa nasta'iin.. =
"hanya Engkaulah yang kami sembah dan
hanya Engkaulah kami mohon pertolongan"
6. ihdinas siratal mustaqim.. =
"tunjukkanlah kami jalan yang lurus"
7. siratallazina an'amta 'alaihim ghairil maghdhubi 'alaihim
wa ladh dhaallin.. =
"jalan-jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat ke atas mereka dan bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan sesat"
5. RUKUK
bacaan kelika rukuk :
subhana Rabbiyal 'Azimi wa bihamdiH.. =
"Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung dan
dengan segala puji-pujiannya"
sesungguhnya kami tunduk dan patuh padaMu ya Allah..
Bacaan ketika bangun dari rukuk :
sami'aLlahu liman hamidaH.. =
"Allah mendengar pujian orang yang memujinya"
"Sesungguhnya Allah mendengar hambaNya yang memujiNya ketika solat..."
Bacaan i'tidal :
Rabbana wa laKal hamdu.. =
"Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian"
6. SUJUD
subhana Rabbiyal a'laa wa bihamdiH.. =
"Maha suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya"

"kita mengaku bahawa Allah itu Maha Besar.Kita tunduk sujud pada kebesaran Allah.Namun mengapa setelah kepala diangkatkan dari sejadah kita jadi manusia yang angkuh lagi sombong kembali?"
Bacaan duduk antara 2 sujud

Rabbi ghfirli.. =
"Ya Allah..ampunilah daku"
warhamni.. =
"Rahmatilah daku"
wajburni.. =
"kayakan daku"
warfa'ni.. =
"angkatlah darjatku"
warzuqni.. =
"rezekikan daku"
wahdini.. =
"berilah aku hidayah"
wa'aafini..=
"sihatkanlah daku"
wa'fu'anni..=
"dan maafkanlah akan daku"
memang benarlah maksud solat iaitu Solat itu satu doa untuk kebaikan. Setiap lafaz bacaan yang kita baca dalam solat adalah doa. Betapa sayangnya Allah pada kita..
7. TAHIYAT
Bacaan ketika Tahiyat Awal & Akhir
attahiyyatul mubarakatus solawatut thoiyibatu liLlah..=
"Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah"
assalamu'alaika aiyuhan nabiyyu wa rahmatuLlahi wa barakatuh..=
"Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya"
assalamu'alaina wa 'ala 'ibadiLlahis solihin..=
"Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh"
asyhadu anla Ilaha illaLlah wa asyhadu anna
Muhammadar RasuluLlah..=
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah"
aLlahumma solli 'ala saiyidina Muhammad wa 'ala aali Muhammad..=
"Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas
Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya"
kama sollaita 'ala Ibrahim wa 'ala aali Ibrahim..=
"Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim
dan atas keluarga Ibrahim"
wa barik 'ala saiyidina Muhammad wa 'ala aali Muhammad..=
"Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya"
kama barakta 'ala Ibrahim wa 'ala aali Ibrahim..=
"sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan
atas keluarga Ibrahim"
fil 'alamiin..=
"di dalam alam ini''
innaKa Hamidun Majid..=
"Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi
Maha Agung"
8.SALAM
assalamu'alaikum warahmatuLlah..=
"salam sejahtera ke atas kamu dan rahmat Allah"
maka,tamatlah sudah dialog kita dengan Pencipta kita...
setiap lafaz yang dituturkan dalam solat tidak lain hanyalah doa dan pujian yang tidak terhingga buat Pencipta kita Yang Agung.. juga selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w...sama-samalah memperbaiki solat dan agar solat kita diterima olehNya..
insyaAllah..
waLlahua'lam..
----------------------------------------------------------------------------
cahaya hati -opick
Allah engkau dekat
Penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau Biarkan hamba Mu menangis
Penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau Biarkan hamba Mu menangis
Karna kemurahan Mu
Karna kasih sayang Mu
Hanya bila diri Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa jiwa yang rela
Dia kekasih MuIngin nyatakan cinta
Pada jiwa jiwa yang rela
Kau yang selalu terjaga
Yang memberi segala
Allah Rohman Allah Rohim
Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rohim
Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Yang memberi segala
Allah Rohman Allah Rohim
Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rohim
Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asthma Mu
Kau yang selalu terjaga
Yang memberi segala
Setiap makhluk bergantung padaMu
Dan bersujud semesta untuk Mu
Setiap wajah mendamba cinta Mu cahaya Mu
Semua bersujud memuji memuja asthma Mu
Kau yang selalu terjaga
Yang memberi segala
Setiap makhluk bergantung padaMu
Dan bersujud semesta untuk Mu
Setiap wajah mendamba cinta Mu cahaya Mu






Pak job Ads and advertisements for Karachi,Lahore,Quetta,Peshawar,Multan,Hyderabad,Rawalpindi,Islamabad and http://allpkjobz.blogspot.com all cities of Pakistan.
BalasPadamsubahanallah.....
BalasPadamAllah Maha Besar..sgla puji hanya buatNya..
BalasPadam