Ahad, 11 September 2011

Resepi Satey


Nah! Kat sini den bagi resepi bagaimana menyediakan Satey.. Nampak memang macam sonang cam kacang tapi try la.. dah try & dah masak post kat den yo..hehe!

Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN UTAMA

  • 400gm daging ayam tanpa tulang-dipotong kecil2
  • 1/2 sudu teh garam
  • 40gm gula
  • lidi sate (direndam dgn air)
  • 3 sudu besar minyak

BAHAN UNTUK DIKISAR
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 biji buah keras
  • 1 cm lengkuas
  • 1/2 sudu besar ketumbar-disangrai
  • 1/2 sudu teh jintan manis-disangrai
  • 1/2 sudu teh jintan putih-disangrai
  • 2 sudu besar air asam jawa sederhana pekat
  • 4 sudu besar santan (jun guna susu cair sbb santan x d, hehe)
  • 1 batang serai

* 1 btg serai dititik-buat merenjis sate

CARA-CARANYA


Perap ayam dengan bahan kisar, garam dan gula selama 3 jam. (jun perap 1 semalaman).

Cucuk ayam pada lidi sate.

lebihan bahan perap tadi dicampur dgn 3 sudu minyak tadi dan renjis gunakan serai yg ditik semasa membakar sate.

bakar hingga masak dan hidangkan dgn nasi himpit dan kuah kacang.

                                                       HASILNYA ......

TADAAA...


hehe.. ibaiba andreee.. hehe! sodap2! tapi ni bukan den yg masak la.. den curik kt image incik gugel.ahak! Daaa..

2 ulasan:

  1. heh! nk satey?? mak long seorang chef yg terbaek dlm masak-memasak ni...suh mak long buat kan saja..x perlu gugel2 ni cik sepupu...tp, sebatang RM2..charge utk delivery!hahahahahaha!!!blh??? =)

    BalasPadam
  2. sebatang rm2? hukloh! mahalnya cik sepupu.. hehe! takleh ke 20batang rm2?? lehla..please...

    BalasPadam

Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...