Dalam sedetik, aku mula mengimbas kenangan tatkala kakiku menjejak tanah kota bercahaya itu. Hari pertama aku sampai ke Madinah.Hati cukup teruja mahu melihat bagaimana cantik & indahnya Masjid Nabawi yang sering dikatakan orang.
Bas sampai betul2 didepan hotel.Namun mataku terlebih dahulu menangkap sesuatu.Cahaya yang sangat cantik dari sebelah kiri bas. Allah! Inikah Masjid Nabawi? Cantik sangat...
Aku masih ingat, hari kedua di Madinah. Kami dibawa Ustaz Arif melawat sekitar Masjid Nabawi. Ustaz bercerita kisah Nabi serba sedikit.Kami jemaah tekut mendengar walaupun mata melilau memandang sekitar kawasan Masjid yang tak pernah kurang dengan Muslimin Muslimat.
Kami singgah ditembok dimana disebelah sana dapat melihat jelas tanah perkuburan Baqi' @ juga dikenali sebagai Jannatul Baqi' .. Perempuan tak dibenarkan masuk. Tapi, masa kami tu Baqi memang tak boleh dimasuki sebab dalam proses pembinaan disekitarnya.
Dari kejauhan kami mengangkat tangan diimamkan oleh ustaz Arif, kami mengaminkan doa dengan penuh kusyuk.
Sabda Rasulullah: ” Salam sejahtera untukmu wahai orang yang beriman, Jika Allah berkenan , kami akan menyusulmu. Ya Allah, ampunilah ahli kubur al-Baqi' ..."
"Nah, jika dipandang kehadapan, bisa lihat ada kubah berwarna hijau kan? Nah, itulah dia Makam Rasulullah.."ustaz Arif memberi penerangan.
sedetik hatiku berbisik... "Ya Rasulullah...begitu hampirnya aku denganmu.." airmata bertakung dipelupuk mata.
Setelah itu, kami di bawa pula ke kawasan dimana berdekatan dengan pintu menuju ke Raudhah. Aku selalu dengar Raudhah, Raudhah.. Sejarahnya, Raudhah itu Taman Syurga. Bagaimana indahnya Raudhah? Ketika melangkah masuk, hatiku berdebar...
![]() |
pintu paling hampir dgn Raudhah |
Beza @ sempadan antara kawasan Raudhah dengan kawasan masjid adalah karpetnya. Kawasan masjid karpet warna merah manakala kawasan Raudhah karpet berwarna hijau. Kami dikumpulkan terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke Raudhah.
Ikut bangsa tak salah aku.Sebab..dia panggil "Malizi (Malaysia) and Indonesia..in!" -maksudnya M'sia & indonesia masuk!
Aku terkejut bila melihat keadaan dimana bila nama negeri disebut semua jemaah berlari menuju ke Raudhah. Tapi M'sia & indo tidaklah seteruk negara lain contohnya Iran,Perancis dll.. sebab diorang lagi ganas wo! main tarik2..
Saat kaki menjejak karpet hijau... Disebelah kiri adalah makam Rasulullah..
Disana, tidak ada kedengaran bunyi lain selain bunyi tangisan yang mengongoi-ngongoi... Tangisan kerinduan buatmu Ya NabiAllah..
dalam hati aku berbisik.. "Assalamualaika Ya Rasulullah..." airmataku jatuh, jatuh, jatuh......ku ulang lagi salam biar untuk kali ini lebih jelas lagi.
"Aku datang bertemumu Ya Rasulullah... Aku datang menziarahimu Ya Rasulullah.."dalam kepayahan dek tangisan yang tak mahu reda kubisikkan lagi.. "Sahabat & ahli keluarga kirim salam buat mu Ya Rasulullah.." ah! Aku menangis lagi..lagi dan lagi....aku belum pernah merasai betapa sedihnya hati ketika itu.
Selesai di Makam Rasulullah, kami berdoa di kawasan Raudhah.Solat? Jangan harap dapat solat sesempurna selalu.Manusia terlalu ramai. Jadi masa itu aku ambil untuk berdoa semata-mata. Hanya lebih kurang setengah jam kami disitu sebelum dihalau keluar. Namun, moment itu adalah moment indah buat ku kenang seumur hidup.
"Andai tak berkesempatan lagi untukku ziarahimu Ya Rasulullah..hatiku sudah cukup lapang..kerna aku telah pernah berdiri di hadapan Makammu.."
tong air zamzam |
"Airmata jatuh sendiri kan nek?"kataku pada nenek.
"Memangla....." nenek hilang kata2.
"Akhirnya sampai juga Kakak untuk tengok makam Rasulullah.."
(nenek tak mjawab.Aku tahu nenek menangis)
------------------------------------------------------------------------
Terima Kasih Ya Allah.. hanya Engkau yang menyampaikan segala sesuatu. Terima Kasih kerana memberi keizinan untukku jejak Tanah HaramMu. Terima Kasih atas nikmat tak terhinggaMu....
------------------------------------------------------------------------
"Wahai Tuhan tolong sampaikanlah doa & rindu ini
kepada Nur Muhammad cahaya sebagai sumber segala cahaya..
Wahai Tuhan tolong ikatkanlah hati kami ini
kepada Nur Muhammad cahaya penghubung hati dengan Allah.."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...