Sabtu, 31 Disember 2011

Selamat Datang 2012..

Assalamualaikum.. 31/12/2011 @ Sabtu

Lebih kurang 3jam saja lagi menjelang tahun baru 1/1/2012.
Langkah baru, azam baru & semangat yang baru...

Tak sangkakan pejam celik pejam celik dah tahun baru, dah semakin tua umur kita, dah semakin mengerepot kulit kita, dah semakin dekat dengan hari penutup usia..Allah..Allah..Allah....

kalendar 2012.(xnmpak? ghabun la 2!)

Kedatangan tahun baru ni ku harapkan bakal membawa 1001 pengertian dalam hidupku. Insyaallah tahun 2012 aku akan menerima segulung ijazah yg selama ini aku nanti2 kan. Insyaallah..tahun ni jugak mak & ayah bakal menunaikan haji buat kali kedua setelah hampir 11 tahun menanggung rindu pada tanah suci. Insyaallah..nak bekerja demi sesuap nasi (sesuap je?kurus den!) Hihii! hmm..macam2 yang ada dalam kepala ni.


Ya Rabbul Izzati...aku hanya watak kecil dalam pentas dunia ini.Apa yang bakal & akan berlaku sama ada baik @ buruk aku terima Insyaallah seikhlas hati.Kerana aku tahu..kau Sang Pencerita yang terbaik serta pengatur yang Maha Hebat bagi setiap langkah kami.

gerismis...

Lembayung cintaku

Seandainya dalam setahun ini aku pernah mengeluh
ku mohon...ampunilah kejahilanku itu Ya Allah
Seandainya dalam setahun aku hidup aku pernah leka 
ku mohon...ampunilah kealphaanku itu Ya Allah
Seandainya dalam setahun ini aku belum mengerti nilai cintaMu
ku mohom...ampunilah kebodohanku itu Ya Allah
Seandainya dalam setahun ini aku belum cukup setia padaMu
ku mohon...ampunilah kekhilafanku itu Ya Allah
Seandainya dalam setahun ini aku pernah berbuat amal kebaikan
maka aku mohon... sudilah KAU pandang amalan yang pernah ku perbuat



Malam ini..kami duduk didapur.Bercerita tentang itu & ini sambil ditemani kucing2 kesayangan. Kadang2 ketawa tengok gelagat diorang makan durian.Heh! Dalam masa yang sama mak bercerita tentang Tok busu & nek busu yang sakit.

Mak & ayah baru balik dari IJN tengok mereka. Tok busu baru selesai dbedah untuk kali ke 3 petang tadi. first jantung second buat pinggang than tghari tadi disebabkan ada ketulan darah beku pulak. Nek busu pulak operate buang rahim.Mak kata kesian tengok dua2 terlantar. Maha besar ujianMu buat mereka.Tapi itulah cara kau mahu menunjukkan rasa cintaMu untuk sekalian ummatMu.Semoga cepat sembuh buat mereka. Amin!

ask ur self


Buat datukku Hj Muhammad yang suke sangat mengelugut (cam orang demam tu) semoga cepat sembuh gak! Huhuu.. kadang2 terpaksa berkasar.bukan bkasar apa.Kena tegas . Nak lagi atok.Die sekarang sangat malas untuk bergerak.Tidooooo je.Dah tu bangun asik kata badan sakit2.opkosla sakit2 sebab xde bgerak pun tido je. So aku suruhla atok baca buku @ tgok tv.Ya Allah..ampunkanlah aku.

Aktiviti hari ni lain sikit.Heh! Pepagi dah keluar gi pasar.Beli barang dapur,sayur2 & sarapan untuk adik2. Balik terus sarapan & masak.Mak xde so semua kerja buat sendiri dibantu Kakcik. Petang, aktiviti bebas. Sorang tgk tv, sorang dalam bilik..den tgk muvi lo..

Film Khalifah

Boleh tahan cerita dia.Mengisahkan seorang wanita yang bernama Khalifah. Pada aku... kita tak perlu menjadi orang lain.Allah Maha tahu siapa & amalan kita.Tak salah kalau nak berhijrah menjadi lebih baik tapi tetapkan hatimu jangan dbuat2 @ ikut-ikutan...

9.50malam... bilik ni golap.saja nak cari feel tetiba kena sergah.HOH! "buat apa?"suara kakcik kedengaran. Aku halau die keluar.Dia makin masuk adelah.Dok atas katil sambil makan wages.huh! so..tinggal dulu ya blog...adindaku sudah menunggu druang tamu.Tengok tibi katanya!


oklah... skali lagi... 'SELAMAT TAHUN BARU 2012...Semoga kita menjadi muslim yg lebih baik dari yg sebelumnya...'

Aku Khalifah...Insyaallah!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...