Jumaat, 23 Mac 2012

Peringatan Dari Sang Khaliq



Lirik lagu Kembali by Far East

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan

****************************************

Assalamualaikum.. 

Hari ini aku off kerja
Hari ini aku demam lagi ..
Hari ini Allah beri ingatan
Hari ini Allah beri kesempatan
Hari ini 
Hari esok
Hari lusa
Hari seterusnya selagi masih bernyawa..
aku mohon, jangan pernah tinggali aku Ya Rabb..


Aiseyman, demam lagi Long? kata adindaku.. Aku sengeh je.. apada..
'Sakitkan Tanda Allah Sayang...' bila sakit..diam2 sudah..kang kurang pahala..heee... 

Bila badan tak sihat mulalah rasa malas buat itu ini...
Ya Allah, berilah kemudahan untukku bekerja esok hari..



***************************************

BiLa SaKiT KiTa TeNaNgKaN HaTi DeNgAn 
FiRmAn ALLAH jOm!!

Rasulullah saw.bersabda : ”Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”
(HR. Bukhari-Muslim)


Dalam waktu lain, Rasulullah menjenguk Salman al-Farisi yang sedang berbaring sakit. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah swt., doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”

Rasulullah juga melarang kita mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda.“Janganlah kamu mencela demam. Kerana sesungguhnya demam itu menghakis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.”
(HR. Muslim)


“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosamu.”
( As Syura: 30)

(Iaitu Tuhan) yang telah menciptakan aku, Maka Dialah yang menunjuki aku. Dan Tuhanku, yang Dia memberi makan dan minum kepadaku. Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku. Dan yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali). Dan yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat”
(Asy Syu’araa’: 78 –)



terasa tenang bila ku baca SabdaMu...


*************************************************************

 

Harini ada 2 benda yang berlaku 

Pertama : 
aku demam..batuk plus selsema
makin menjadi2 batuknya.
semalam cuma tekak perit
harini...pehh! Suara dah macam nyah yu..
dok ceroot cereet tarik selsema ni.. (penat gak asik tarik2 seseme ni..Ahaha!)

Kedua :
kami 4 beradik diberi hadiah paling bermakna dalam hidup
Terima Kasih Mak
Terima Kasih Ayah...

Mak : Ini je yang mak mampu bagi pada kamu semua
Aku, Angah, Acik cuma diam. 
No words can describe apa perasaan pada hati
nak nangis?
nak gelak?
tak ada perkataan...

Mak : Long, macam mana? Along suka tak?
Aku : (Cuma senyum) Mak.. Terima Kasih banyak2... (itu saja yang mampu kukatakan)
Hadiahmu tak ternilai mak & ayah...

Alhamdulillah... kami 4 beradik sudah mendaftar untuk menunaikan ibadah haji.
Tahun ni mak & ayah pergi dlu..
melepaskan kerinduan 21 tahun tu..

Kalau diikutkan giliran.Tahun ni daftar dijangka 2047 la giliran kami. 35 tahun lagi..
Kami bertiga senyum2.. means masa tu aku dah umur 60 tahun?
Hmmm..masih hidup lagi ke aku ? Allah....

Mak kata, simpan duit untuk haji
kalau ikut Muhasasa memang lambat
tapi kalau nak cepat kena ikut pakej dan 
kene simpan duit dari sekarang,
Kami bertiga angguk.Perintahmu Insyaallah kami pegang mak..

Mak : Nanti2..kalau semua dah berumahtangga, suami masing2 taknak gi, kamu pergilah
berempat ya? tu je yang mak & ayah fikir... nak hantar kalian ke sana.
Aku, angah, acik tdiam...

sepatutnya kami yang fikir utk hantar mak & ayah ke sana
tapi mak cakap..
"Inilah hadiah yang mak nak bagi pada kamu berempat.."

TERIMA KASIH BONDA 
TERIMA KASIH AYAH

TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA PADAMU
ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM...
KAU YANG MENGGERAKKAN SEGALANYA
TERIMA KASIH...
TERIMA KASIH...

jemput kami menjadi tetamu Kota SuciMu ya Allah..doaku berulang2 kali
semoga saja kaki ini
diberi ruang & peluang lagi 
untuk melihat KebesaranMu




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...