Khamis, 28 Februari 2013

Tanpa dia..

3/1/2013 @ Jumaat

Assalamualaikum

Malam tadi telah pergi yayang saya menghadap Illahi.
Pagi tadi, tak ada lagi orang yang nak teman dekat dapur
tak ada lagi suara minta ikan
tak ada lagi suara manja minta susu

Kayet..
kenapa cepat sangat Ed pergi

Malam tadi, dia naik atas katil.
Tidur dengan aku ngan angah.
Kaki dia sejuk.. tapi still manja
Dia tidur berpeluk dengan angah

Bila angah nak tidur, Kayet beralih tidur antara aku ngan angah.
Aku popok dia, siap main kiss kiss lagi.
Then dia turun.
Nak gi 'membuang' kot aku fikir

Tak sampai beberapa second bunyi macam orang langgar pintu.
Angah kata bunyi apa tu? Tengoklah...
Aku bangun tengok
Kayet dah terbaring

Aku panggil dia.
Nafas dia tercungap-cungap
Aku   : Ed kenapa ni?
Angah: Ed, sakit ke? Ed..

Aku jerit panggil nenek. Nenek datang belai badan dia. Dia masih bernafas dengan tersekat-sekat. Kuat bunyi nafas dia. Aku, angah dan nenek masih jaga Kayet hinggalah...

Nenek : Dia dah takda lagi ni
Aku & angah just diam. Nak nangis tapi ditahan-tahan

Kami letak dia dekat dapur. Alas dengan kertas. Tak ada lagi Ed Ed cuk acam Along....

Sepanjang malam aku tak tidur. Asyik fikir Ed.

Along sayang Ed. Tapi Allah lagi sayangkan Ed.
Mungkin itu yang lebih baik untuk Ed. Pergilah sayang... tidur dengan lena ya.

Malam tadi, aku belai bulu dia  buat kali terakhir. Kemudian aku cakap.. Ed, Ed mati malam jumaat. Malam penghulu segala hari.

Nenek menangis masa tanam dia pagi tadi. Nenek cakap.. "Ed, nenek tak sanggup tanam Ed. Nenek sayang Ed.."

Aku menangis lagi. Lagi dan lagi...

terima kasih kerana hadir dalam hidup along..
terima kasih sebab selalu main dengan along..
terima kasih kerana selalu manja dengan along

aku mesti akan rindu pada Ed
Ed yang selalu teman along dekat dapur
Ed yang makan dekat sebelah along
Ed yang selalu minta ikan walaupun nenek marah
Ed yang suka tidur bawah kipas
Ed yang gila kfc. Nampak je box kfc sure tak reti diam
Ed yang setia temankan along bila along demam
Ed yang suka berdukung.
Ed yang rajin teman along buka tingkap pagi2
Ed yang suka tidur dalam bakul motor..




Tulah, tak sampai beberapa saat dia berpeluk dengan kami..dia dah pergi selama-lamanya. Kalau ALLAH nak balik apa yang dia bagi, sekelip mata saja boleh.

Airmata ni taknak stop. Kayet @ Ed..cinta along selalu buatmu..

Ed idung tam-tam dah tak ada lagi.


In Memori.. Cuk along (kayet)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...