Sabtu, 9 Mac 2013

Cantik Itu Subjektif

9/3/2013 @ Sabtu

Assalamualaikum..

Hari ni nak wat entry serius sikit.. (Ini serius, mesti bantu dia..! Kehh3! lagu Wonderpet) Nak cerita bab cantik. Ramai na sejak dua menjak ni mengomel-ngomel ditelingaku. Jual produk ini beli produk itu.. macam-macamlah.

Mana ada orang yang taknak cantik betul tak? Semua orang nak jadi cantik. ALLAH juga suka pada kecantikan dan keindahan. Macam aku, serius aku pernah berangan nak jadi Lisa Surihani. Kehh3! (sila abaikan kenyataan tersebut)

Tapi aku sedar, orang bengkulu ni muko nido lari dari mato sepet, muko bak cino, pendek-pendek (mindek-mindek kato bak ku) Tapi, kiut apa??

Sebenarnya,cantik ni subjektif. Punya maksud yang terlalu luas maknanya.

budak ni, budak yang paling cantik didunia. Cute an?

Disebuah penempatan di Africa, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut seseorang tu, maka makin cantiklah dia. Para lelaki dan perempuan memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring diletak bertujuan melebarkan lagi mulut mereka. See.. betapa luas & misterinya makna cantik/tampan.

Di utara Thailan pula, sekelompok manusia disana mentafsirkan cantik itu bila mempunyai leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing.

Di sekolah aku pulak, ada cikgu ni dah kurus dah. Around 56kg. Dia tak puas hati dengan badan dia. Aku kata, dah ok la. Sebab dia tinggi orangnya. Dia masih tak puas hati. Atleast nak turun 50kg.Jadi untuk kurus dia tak makan dan hanya minum. Seminggu turun 2kg. WOW! Masuk minggu kedua... terpaksa bermalam di wad disebabkan pitam. Aduh! Seksanya nak cantik.

Pada aku... Beauty is in the eye of the beholder. 

Cantik tu bukan sekadar ditafsirkan dengan wajah yang jelita tapi keseluruhan diri kita. Termasuklah cara kita bertutur, akhlak, perwatakkan (kalau garang tak betompat, lawa macam mano pun mesti tak do orang berkonan) , budi bahasa pun melambangkan kecantikkan seseorang.Baik hatinya, maka baiklah seluruh badanya. Begitu juga agama. Baik agamanya, maka automatik cantiklah orangnya.

Aku kadang-kadang cukup anti bila ada orang yang taksub tentang cantik ni. Gemuk salah, kurus salah, ada jerawat salah, ada ketuat pun salah. HOH!

sumo serbo salah! ggrrr..!

Tak ada manusia yang dijadikan itu buruk. ALLAH dah jadikan kita sebaik-baik kejadian. Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan ALLAH.

"Pandangan manusia semuanya tidak sama. 
Sejuta yang kata anda tidak indah. 
Sepuluh juta mungkin akan kata sebaliknya.
 Hanya saja anda belum bertemu muka dengan 
yang sepuluh juta itu lagi.
Itu saja yang membezakannya.." Dr.H.M.Tuah


Aku dah share dekat fb ayat yang pernah aku baca...


"Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari 
kerana satu hari nanti, 
kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan..."


Ingat, ALLAH tak akan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Bersyukurlah atas kejadian yang sudah sedia ada. Ada ramai lagi manusia yang tak sempurna. Tapi mereka tak mengeluh pun. Kita yang sempurna ni je yang banyak cekadak.

Biarlah kita tak dikenali oleh penduduk bumi asalkan 
nama kita disebut-sebut oleh penduduk langit.


Nak lawa dengan amalan doa? Moh amalkan doa ni.


"Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii"
(Ya Allah sebagaimana Engkau telah memperindahkan kejadianku, maka perindah pula akhlaqku) - HR.AHMAD-

last sekali... Sekarang ni tengah giat mendownload drama 'Wasiat' . Beto..Beto..Beto..OMG! kehh3! klik link disini kalau nak download Wasiat .. Ayunasia

Okla.. take care! XoXo! ♥ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...