12:12am
Assalamualaikum..
Salam Saiyidul Ayyam
Sebelum nak cerita tentang diri sendiri meh kita baca tentang hari jumaat
Dari hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari,bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Time study dulu ada sorang kawan aku ni yang malas nak gi sembahyang jumaat.
Dia : "alaa.. 3 kali tak pergi barulah berdosa. Ni baru sekali. Tak apanye.."
Aku : "Ye..memang baru sekali, tapi buatnya minggu depan kau KIOK, macam-mana??"
Dia : "Ala..kubur memasing kan? Aku malaslah nak pergi. Penat. Kejap lagi nak sambung kerja."
Aku : (Terdiam. Nak kata apa lagi kan?)
PESANAN IKHLAS DARI AKU :
Lelaki, handsome macam mana sekalipun
jambu macam mana sekalipun
kaya dan HOT macam mana sekalipun
tapi kalau dia sombong dengan ALLAH
boooolayan je dia!
Lelaki, tak handsome macam mana sekalipun
tak jambu macam mana sekalipun
tak kaya & tak HOT macam mana sekalipun
tapi kalau dia taat pada ALLAH
dia akan nampak lebih sweet dari gula-gula!
Lelaki, tak handsome macam mana sekalipun
tak jambu macam mana sekalipun
tak kaya & tak HOT macam mana sekalipun
tapi kalau dia taat pada ALLAH
dia akan nampak lebih sweet dari gula-gula!
--------------------------------------------------------------------------------------------
Ok, berbalik pada apa yang aku nak cerita.
Tadi, si Atam tiba-tiba buat hal. Duduk tepi tong tandas dia. Nak kata nak membuang tidak. Duduk je. Lepastu bising dan jalan kehulu-kehilir. So, Angah pun dengan baik hati telah menukar tong toilet yang baru buat mereka. Selang beberapa minit kemudian. Aih? Apa pasal anak kucing aku jadi 3??
Hah!! Bukan anak kucing lah. Itu TIKOS! Atam dan Cantek kejar si penjenayah itu. Si penjenayah itu lari ke belakang tong toilet mereka. Oo.. patutlah Atam wat perangai pelik tadi rupa-rupanya dia nak bagitau ada tikos.
Lepastu aku bagitau angah. Dia buat dek je. "Tangkaplah sendiri" koba eh sambil tangan busy main game di hp nya. huh! Aku pun.. "NENEKK..!! TIKOSS..!!" hahaa.. (pun takut tangkap sendiri)
Apabila nenek sudah bangun sambil membawa kayu, akhirnya si penjenayah itu telah ditangkap dan dihukum gantung sampai mati. (mati sudeh! nenek yg bunuh. bukan saya..hahaha!)
Setelah itu, nenek pun mengucapkan terima kasih pada Atam & Cantek. Kerana kecik-kecik lagi dah pandai memberikan khidmat. Atam & Cantek pun tidur dengan lenanya kerana telah dipuji dan di kiss oleh nenek.
Begitulah kisahnya Atam,Cantek,Nenek & Tikos ya adik-adik semua. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan taulan buat kita semua. (harharharr..)
(boleh jadi penulis buku cerita kanak-kanak aku ni!)
OK! last sekali... moh layan this picca. Gambar kahwin Abg Awal & wife | Ateh & husband.
2 pasang pengantin. Senang... sekali jalan. Malam tadi, aku ajak Angah borak. Dia dah ngantok. Lepastu dia bagi handset dia dekat aku. "Nah, mainlah POU kau. Jangan kacau den nak tido,"
So, aku mainlah POU sorang-sorang. Tetiba aku terfikir... ada ke orang umur macam aku ni main game lagi? No i mean, ada ke orang sebaya dengan aku yang masih keanak-anakkan lagi? mesti ada punyalah! Tak semua orang otak center kan? terutama cik cousin tu haa.. hoh!
Ok, gudnite uols! Take care..Xoxo!
hahahahahahahaha!
BalasPadam1st: "ada ke org sebaya dgn aku yg otak masih keanak-anakan?"
- answer: ade jewwwwwwwwwww.... (U keanak-anakan kew?)
2nd: "Tak semua org otak center kan? T'utama Cik Cousin tu haa.."
- answer: How dare you!! Otak i center okay... hahahahahahaha!
nak join...saya main angry bird je..tu pun x lepas2 lagi..sedih2..sob3x
BalasPadamkehh3! i sopan dan manja je, tak keanak-anakkan pun. (sila muntah jauh2) kehh3! cik cousin center ke? tak cayo den! =P
BalasPadam