Isnin, 22 Julai 2013

Usrah : Istimewanya Kucing

22/7/2013 @ Isnin @ 12 Ramadhan

Assalamualaikum

Lama sungguh tak meng update blog ini. Hehe! Serius tak ada idea. Tapi tengah jenjalan kat youtube.. (aicehh! ayat tak leh blah. haha!) maka, terjumpalah video ni.

Tajuk usrah : 'Istimewanya Kucing'



Masyaallah! Kata Ustazah Asni, barangsiapa yg sayang & ada ihsan terhadap kucing maka hatinya sama ihsan seperti Abu Hurairah & Rasulullah....

Kalau sunnah Nabi yang lain tak mampu kita ikut, at least satu ni pun cukuplah.

Selasa minggu lepas.
Aku dan Angah ke kedai beli barang sikit. Then masa dok beli aku nampak seorang Untie cina ni dok pegang leher anak kucing.

Aku tanya.. : "Nak buat apa ni Untie?"
Dia : "Mau kasi buanglah amoi! Manyak susahkan olanglah,"
Aku : "Susah apa pasal?"
Dia : "Aiya! Mau masak ah dia kasi kacau. Ini ah, olang buang. Lepastu dia datang sini minta makan,"

Untie itu berkata sambil mencari-cari sesuatu. Aku hanya memerhati. Then Untie tu datang balik dengan bawa guni dan tali. Dia suruh kawan dia pegang & dimasukkanya anak kucing tu dalam guni. Lepastu dia ikat ketat-ketat guni tu. Kalau dia sekadar ikat tak apa, ni dia kelepet dulu mulut guni tu baru ikat ketat-ketat. Mana nak masuk udara!

Aku : "Untie, u mau buat apa sama kucing tu?"  (dalam hati cam nak tampo je dia!)
Uncle : (laki untie tersebut) "Aiyaa.. mau kasi buanglah!" (dia bercakap dgn nada marah)
Aku : "Mau kasi buang dekat mana?"
Uncle : "Mana-manalah! Selalu saya kasi buang pasar"

Aku terdiam. Hmm.. boleh percaya ke uncle ni? Kot dia buang dekat semak ke, dekat gaung ke, atau dekat sungai ke... tak ke naya anak kucing tu.

Unlce tu perasan muka aku lain. Dia kata.. "Amoi mau ka ini kucing?"

"MAHU!!" jawabku tegas. Allah! Ini pasti gerakan dariMu.

"Kalau mahu kasi angkatlah. Kalau tak mahu, saya kasi buang,"

Dengan pantas aku ambil guni tu. Meow kecil tu dah bising. Bunyinya sayu sangat. Kasihan. Angah tunggu dekat luar kedai terus tercengang.

"Apa benda dalam guni tu?"tanya Angah.
"Kucing! Orang buang,"jawabku. Berkerut kening Angah.
"Ko ambil ke?"tanya dia. Aku angguk.
"Kesian,"tu je yang aku jawab.Lalu aku suruh Angah pegang si kecil yang dalam guni tu.

Sepanjang perjalanan si kecil bising. Mungkin takut. Meow kecil tu kami bawa balik rumah nenek. Sampai pagar, tinggal semua barang dlm bakul terus berlari balik. Angah jerit.. "Nenek! Anak kucing! Cepat!"

Sampai rumah angah & atok buka tali guni tu dan...

"Cantik!" jerit angah.
"Selamatkan kucing ni kerja baik. Pahala juga tu"kata Atok.

Aku senyum. Nenek? hmm.. terus kena ciumlah si meow kecil tu. Tam,Tatik & Mel buat muka jealous! haha..

Let me introduce.. ni lah si Opok @ Tompok... our new kitten!




Dekat bawah ni gambo Tatik (aka) si Chantek tengah bersiar-siar di laman. Uih!






Ni pula nama die Atam (aka) si yut yuttt! hehe...

see.. suka main pasir. lepastu tido atas katil. aigoo!


Tam mata bolat! dio terkojut di ambek gambar eh. haha!


P/S untuk Kakcik.. "Bila nak balik oi? Mehla jumpa meoww baru!"
2 hari lepas tambah 3 ekor lagi. Cik Com dah beranak. hoho! Itammm semuanya! heh!


Ok.. malam ni 13 Ramadhan. Sedar tak sedar dah nak separuh bulan kita berpuasa. Moga saja Allah barokahi Ramadhan yang kita jalani. Dengan berkah Ramadhan ini juga ku pohon permudahkan segala urusanku yang belum teruruskan. Hanya Kau yang Maha Bijaksana. Yang Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaMu..

Selamat sahur semua. Take care.. Xoxo!



3 ulasan:

  1. coommeeyyynyer.....yeye ade kawan baru...hari jumaat ni balik....yahooo...along ti suruh angah bagi nama kat anak tatam tau..>_<..(x sabar nak balik)

    BalasPadam
  2. huk aloh..lupe lak..maafkan saya

    BalasPadam

Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...