Online, kemudian buka Youtube.. Aku terpandang satu video ni.. Tangis Sebatang Tamar- nyanyian Daqmie .. rasanya video ni dah lama ada, tapi baru hari ni aku buka, dengar dan hayati.
Liriknya, Allah..Allah...
Sedu sedan
Itu bak ratapan si kecil
Yang rindu belaian dan perhatian
Yang mendambakan kasih dan sayang
Dari seorang insan yang penyayang
Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya
Kisah tangisan sebatang tamar
Menyentuh hati, mengocak perasaan
Benarkah aku cinta, benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur air mata ku mengenangkan mu
Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya
Betapa kerasnya hatiku ini
Untuk menghayati perjuangan mu
Betapa angkuhnya diri ku ini
Untuk menghargai perjuangan mu
Ya Rasulallah
Ingin aku menjadi sebatang tamar
Yang menangis rindu kepada mu
Ya Rasulallah
Biarlah aku hanya sebatang tamar
Namun dapat bersama mu di dalam syurga
Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya
Ada lirik yang aku bold. Ayatnya itu.. Masyaallah! Sangat terkesan. Sungguh! Siapa diantara kita bila diceritakan kisah baginda Rasulullah, airmatanya selalu menitis? Siapa diantara kita yang setiap kali disebut tentang kisah-kisah Nabi Allah ini, airmatanya berjuraian jatuh?
Rasanya, kita lebih terharu membaca novel dan movie cinta daripada kisah kemuliaan baginda. Kan?
Allah.. Allah..
Allah.. Allah..
----------------------------------------------------------
Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah bahawa pada masa itu masjid Rasulullah saw beratap batang pokok kurma.
Nabi SAW selalu bersandar pada sebatang pohon tamar, ketika menyampaikan khutbah Jumaat, Saidina Abu Bakar mencadangkan agar dibina mimbar yang baru.
Nabi SAW bersetuju dan sebuah mimbar yang terdiri dari 3 anak tangga dibangun.Para sahabat pun membuat mimbar dari kayu. Setelah siap Rasulullah saw duduk di atas mimbar yang baru untuk berkhutbah, ketika itu para Sahabat mendengar pohonh tamar itu menangis seperti anak kecil atau seperti goncangan tanah yang terus bergetar sehingga para sahabat pun bertanya-tanya.
Rasulullah saw tersenyum. Rasulullah saw turun dari mimbar dan mendatangi pohon kurma yang tidak jauh dari mimbar tersebut. Rasulullah saw meletakkan tangan baginda pada batang pokok kurma dan mengusap-usap dengan perlahan-lahan dan bertanya kenapa ia menangis. Pohon tamar tersebut mengatakan dia menangis kerana ia tidak digunakan lagi untuk mengingat ALLAH SWT.
Rasulullah saw berkata pada pohon kurma itu: "Jika engkau mahu, aku akan jadikan engkau dinding masjid ini, akarmu tumbuh lagi, tubuhmu hidup lagi dan engkau berbuah lagi. Atau jika engkau mahu, engkau aku tanam di syurga, supaya para wali Allah boleh memakan buah buahmu. "
Batang kurma itu menjawab: "Saya memilih untuk ditanam di syurga sehingga wali wali Allah dapat memakan buahku dan saya berada di tempat di dalamnya saya kekal."
Goncangan tanah dan suara rintihan pun berhenti. Rasulullah saw kemudian kembali pada mimbar dan menyampaikan kejadian tersebut kepada para sahabatnya. Rasulullah saw berkata: "Ia (pokok kurma) memilih negeri yang kekal berbanding negeri yang fana!"
Rasulullah SAW kemudian menyuruh agar dikafankan pelepah tamar dan mengatakan bahawa Inilah satu-satunya pokok tamar di syurga yang berasal dari dunia dan ia akan dibangkitkan di dalam syurga dan ia dijamin oleh Rasulullah SAW
Masyaallah.. Subhanallah... bayangkan, pokok kurma menangis sebab tak nak jauh dari Rasulullah. Sayang dan cinta pada Rasulullah. Pokok kurma! Bukan manusia yang Allah jadikan dengan adanya hati & perasaan.
Kalau cinta Rasulullah.. jom! Sollu Alan Nabi..
“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi S.A.W. (Oleh kerana itu) wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu (meminta rahmat) untuk Nabi S.A.W,dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan terhadapnya.”
(Al-Ahzab : 56)
-->Sekali kita berselawat, Allah balas dengan 10 kali selawat untuk kita.
-->Sekali selawat Allah angkat baginya dengan 10 darjat.
-->Malaikat pun turut berselawat kepada sesiapa yang berselawat kepada Rasulullah.
-->Doa yang disertakan dengan dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah tetapi doa yang tidak disertai dengan selawat akan tergantung di antara langit dan bumi.
Tu cuma sebahagian dari hikmat selawat. Jom kita istiqamah! =) =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...