Khamis, 23 Jun 2011

Sejarah Bengkulu



Kalau di kaji tentang bagaimana Bengkulu mendapat nama, mesti macam-macam cerita / sejarah & dongeng yang kita dapat. Sekarang ni, aku nido gang kerjo.Tengah nunggu konvo daripado golek-golek,telentang telangkup dirumah adalah lebih padek kalau aku membuat sedikit kajian tentang negeri asal keturunanku ini.

Datuk adalah penasihat utama.Bilo dapat kisah baru aku bukukan lepastu print bagi dekat datuk.Nenek kato terkelinuak datuk kaba maco buku tembo tu. Haha! Yak, orang minat, biar bae la.Tahu jugo asal keturunan jak mano.Kan? Kan?

Ini adalah sebahagian kisah yang aku kaji bukan saja dari datuk, malah dari en.google juga serta beberapa buah buku kajian bengkulu.Aku mahu berkongsi kisah sejarah bengkulu pado semua anak bengkulu,cucu bengkulu, galonyolah! yang bukan bengkulu pun nido ngapo.Buliah jugo membaconyo. haha! kecek bengkulu pulo nyo..

* * ------------------ * *

Bemacam-macam versi yang ditemukan mengenai asal usal nama Bengkulu. Benkoelen atau Bengkulen (bahasa Belanda), Bencoolen (bahasa Inggeris) dan Bangkahulu
(bahasa Malaysia).

Versi pertama yang selalu aku dengar dari datuk yang selalu bercerita adalah kisah buah pinang (bangka) yang hanyut ke hulu.Lalu diberi nama Bangkahulu.Bermaksud buah pinang atau bangka yang hanyut kehulu.Rasanya kalau pergi ke Bangkahulu Gemas, cerita ni memang ramai yang dah tahu.Begitu juga dengan orang bengkulu sg.choh.Cerita ni sangat sinonim.Tapi ni yang pertama, kita banyak versi lagi nih!

Versi kedua pula nama bengkulu diberi oleh rakyat masa zaman pemerintahan Nantu Kesomo iaitu orang yang membuka tanah Bengkulu.Kisahnya apabila rakyatnya melihat pohon pinang (pohon bangka)yang berlingkar-lingkar hanyut kehulu. Oleh kerana batang pokok pinang itu kelihatan sungguh aneh ia telah menjadi tumpuan rakyat untuk menyaksikannya. Dan kerana keanehan itulah negeri itu diberi nama Bangkahulu.

Versi ketiga.Kisah berlaku pada pemerintahan Anak Dalam.Bermula apabila peminangan Raja Muda Aceh yang mahukan Putri Gading Cempaka @ adinda Anak Dalam ditolak.Maka berlakunya peperangan besar.Banyak rakyat yang telah terkorban lalu banyaklah bangkai bergelimpangan. Lalu memenuhi Sungai Serut (kerajaan Anak Dalam).Da kerana itulah dia digelar Bangkahulu @ Bangkai hanyut ke hulu. Possible2!

Dan versi keempat pula, Ketika perahu rombongan Raja Muda Aceh ingin ke negeri Serut, kebetulan air laut sedang pasang. Oleh sebab itu, banyak kotoran serta empang-empang yang terbawa arus menghulu. Rombongan perahu Raja Muda Aceh itupun terkejut melihat banyaknya empang menghulu yang mengganggu perahu-perahu mereka. Maka berteriaklah orang-orang Aceh itu “Empang ka hulu! Empang ka hulu!”

Pangeran Raja Muda Aceh segera memerintahkan anak buahnya untuk membersihkan empang-empang yang menghalangi perahu-perahunya. Mulai saat itu, Pangeran Raja Muda Aceh itu lalu menitahkan kepada para hulubalangnya agar wilayah ini diberi nama Empangkahulu. Dan sejak saat itulah orang-orang kemudian menyebut dengan sebutan negeri Bangkahulu.

Itulah diantara kisah sejarah nama Bangkahulu @ Bengkulu. Bermacam-macam versi cerita yang aku baca.Tapi ia tidak sedikitkan melunturkan rasa bangga menjadi anak Bengkulu.

Keempat2 versi ini akan aku ceritakan dengan lebih lanjut di page yang selanjutnya. OK? Matoku nido kinaan lagi. Tebabas bae jak tadi.Tegalau nian. Ngantuak!

--------- **** ---------------------------

1 ulasan:

Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...