Khamis, 13 Januari 2011

Bengkulu Indonesia (vol3)

14/12/2010 @ SELASA

Hari tu, kami tak ada plan nk kemana2.After breakfast kami masuk berehat kembali ke bilik hotel.Selepas zuhur, keluarga makcik Marpuah bersama anaknya Harry datang menziarah kami di hotel.

Sebenarnya, kami memang tak plan kemana2 but Abg Harry ajak jalan-jalan ke Mall.Mall?? huhu..best2!

Satu benda yang aku tak berapa best kereta dia memang besar, aku kena duduk sit belakang.itu takdak hal lah.Tapi yang tak best kerusi depan tak boleh lipat so kita kena melangkah utk masuk ke sit belakang.Walaaaa... aku dah la pakai baju kurung. tak pasal2 kena angkat kain tinggi2.kuang3!

Sampai Mall.Tempat utama yang aku ngan makngah pergi adalah Toko Buku. Huhuuu.. kalau diikutkan hati, memang macam2 nak dbeli tapi mengenangkan fulus tak mengizinkan so aku capai la 1 buku.

Sebenarnya da lama aku cari buku tu.Kat Malaysia aku pernah jumpa sekali kat Tampin. Harganya? Mak ai.. 2 kali ganda dari harga sebenar. Masuk2 je da jumpa buku tu. Almaklumla bestseller katakan. Buku yang menjadi idaman hati aku itu adalah...




inilah dia.. "Bumi Cinta" karya Habiburrahman El Shirazzy. Mula2 baca memang agak slow.Maklumla, buku pembangunan jiwa @ motivasi islami.Tapi semakin lama kita membaca semakin susah nak dilepaskkan.Tapi apa2 pun buku ni memang tip top!

Petang tu, kami dijemput Tok Amril ke Jengalua.Lebih kurang setengah jam perjalanan dari Horizon Hotel baru sampai ke Jengalua.

Kat sana, aku jadi serasi sangat bila disambut Kak Itti dan anaknya Hamka.First time jumpa Nek Ima dah macam kenal bertahun2.Hehe..sekepala pulak 2 memang masuklah! haha..

Hampir sejam di rumah Tok Amril kami ke rumah Tok Johan.Kat sana pun aku rasi.Bukan apa, kat sana cakap serawai bukan cakap bulang.Den ni cakap bulang tak berapo paham. Nido keruan igo! hahaa..

Pastu, balik rumah Tok Amril balik.Lepas maghrib kami menuju ke rumah PakCik Lukman. Tengah2 solat,tetiba blackout! Wahahaaa..golap golito! Hamka da nangis ketakutan. aku pun cuak2 gak.hehe!

lepas maghrib singgah jap kat rumah Pakcik Sharifuddin.Dia tak cam lagi nenek.Dah lama sangat tak jumpa katanya.Dia peluk cium kami.Kenapa?mungkin kerana rindu
bermukim dihati.Lepas 2, kami menuju ke Embun Pagi Restoran.Untuk apa?Makan lah! huhu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...