Pagi,Pakcik Hasnol kami dibawa jalan2 ke Rumah Bung Karno. Selesai melawat, kami jalan2 sambil shopping di Toko2 disekitar Kediaman Bung Karno.Kami beli Emping Malinjo, Kerepek nangka, kurma terung and gelang2 wat ole2 org malaysia.
Lepas tu,Pakcik Hasnol ajak kami solat zuhur & makan tengahari dirumahnya.Hmm..orait gak! Perut memang dah lapar.Selepas solat,kami disajikan dengan makan tengahari yang masih panas2.
Menu makan tengahari kami macam2.Antaranya gulai keladi masak lemak, ikan bakar, rebus kacang panjang,gulai perut, ulam-ulaman, and the only my paberet.. udang masak sambal tempoyak.PEHH! Memang marvelous! TIPTOP!walaaa..
Mata aku dok pandang udang je.Yang lain2 aku pandang sebelah mata je.Haha! Bukan apa, masakan dia special.Kat Malaysia yang selalu kita jumpa,udang masak sambal @ Udang masak lemak tempoyak tapi kali ni udang masak sambal tempoyak.Masak macam masak sambal biasa tapi ditambah sedikit santan dan tempoyak masak sehingga kuah likat. Memang..huhuuu!tapi sayang, dek kerana keasyikkan makan lauk udang terlupa nk snap.Tau2 piring dah licin..
Lepas makan, rehat2.Tok Da sudah leka dengan FB nya di bilik Abg Hadi.Nenek, Makcik Norma dengan Kak Das tengah leka tngok gambar.Pakcik Hasnol dah tersandar disofa. Makngah dengan game,nek da dah belajar tidur.
Aku??Terkapai2 keseorangan..haha!xdo la.aku tgok tv lah! apo laie.Sikit punya besar tv Pakcik Hasnol tu kini hanya aku yang punya. Haha..Rancangan kat tv indo memang best2. Semua aku layan!
Kami menunggu waktu asar.Lepas asar Pakcik Hasnol nak bawa aku ke Danau Dendam Tak Sudah. After asar kami pun bertolak.Dalam cuaca yang agak hujan kami sampai ke Danau Dendam Tak Sudah.Aku tak boleh pandang ke bawah tengok air dia.Serius! Kepala aku pening..Dahla agak menakutkan.Memang ada sejarah dari nama danau 2.Dan kata Kak Das memang ada spirit jugakla.

Sambil makan jagung bakar kami menikmati suasana petang di Danau Dendam Tak Sudah. Bila Kak Das baling jagung yang ditepil2 ikan datang menangkap2.Nampak sangat ikan banyak dalam danau tu tapi menurut makcik yang jual jagung tu kata, tadi ada 2 3 orang datang mancing.Berjam2 tunggu tak juga dapat ikan.Pelik kan?Ikan punya banyak tapi tak dapat seekor pun.
Atok ade cerita, dulu danau ni cuma asal dari lopak sawah.Kisah ye bermula dari seorang petani ni pergi menangkap ikan.Kemudian ikan yang ditangkap dimasukkan ke dalam raga.Bila dia nak balik ke rumah, raga yang dibawa terjatuh.Ikan2 tu pun terlepas.Puas dia cuba tangkap tapi tak dapat.Oleh kerana itu disumpahnya ikan2 tu.. katanya "Kalau Nga nak diam disikak mengembang biakla nga.Kalau nga keluo dari lopak ini,mako mati kurus kering la nga."dan kerana sumpahan itula makin lama lopak itu semain besar sehingga menjadi danau.
Dekat danau ni,kita tak boleh menjala.kalau menjala bukan dapat ikan tapi dapat ular. Sebabnya kalau kita jala,kadang2 dapat anak ikan N bukan ikan besar.So dsebabkan itu dilarang menjala.
itu nama danau.Dendam tak sudah pulak berasal dari pasangan kekasih yang dihalang percintaan mereka.Ini dsebabkan lelaki tu orang miskin dan tak setaraf dengan perempaun 2.Oleh mereka berdua pun nekad terjun untuk bunuh diri.Mereka bersumpah walaupun mereka mati namun dendam mereka pada mereka yang menzalimi mereka tak akan padam.Dan disebabkan itu danau itu dinamakan danau dendam tak sudah.Airnya kalau diperhati nampak kemerah-merahan macam warna darah.Tapi kalau tngok dekat2 xadalah.
Tapi danau 2 seram aku tengok.Yelah..airnya tak mengalir dan nampak suram dan macam ada 'something'. Kata pakcik orang sini selalu ternampak benda2 halus.Bunyi perempuan ketawa,bayi menangis dll.Aku tanya Kak Das,pernah tak ada org jatuh kat sini.Dia jawab ada.Kalau jatuh macam mana?Selamat? Dia jawab lebih ramai yg hilang dari yang selamat. Aku terdiam.Kalau kita jatuh kt sungai mesti lama2 jumpa juga mayat dia kan.Tapi kat sana, kalau dah jatuh memang hilang.Huhu..seram seh!nak ambil gambar pun, banyak kali snap tak jadi2..pelik tapi benar..
to be continue...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...