Jumaat, 3 Februari 2012

Selawat Ke Atas Nabi & Hikmahnya

Assalamualaikum..
3/2/2012 @ Jumaat

Insyaallah 5.2.2012 ni kita akan menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W  (12 Rabi'ul Awal )

Tadi secara tak sengaja aku mendengar di tv selawat nabi yang dibaca beramai2.Terasa indah bila mendengar alunan memuji2 junjungan kita Muhammad s.a.w...



Saat menunggu azan Maghrib tadi aku sempat Google jap hadith2 Rasulullah.. Bila kita membacanya.. automatik bibir akan senyum. Sesungguhnya Firman & Hadith itu lebih indah dari sajak & syair cinta..

Terkesan di hati masa dengar pengacara AlHidayah tv3 td cakap (lebih kurg mcm ni..) "Walaupun tidak semua Sunnah Nabi mampu kita lakukan tapi cukuplah  1 yang menjadi amalah yang berpanjangan..)

Entri ni, aku nak share Firman Allah s.w.t , Hadith2  Rasulullah s.a.w, hikmat berselawat & amalan selawat... Nak baca panjang dari blog asal? Silakan ke sini

****


Firman Allah Swt: Kerana itu ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat(pula) kepadamu(dengan memberikan rahmat dan pengampunan). Dan bersyukurlah kepada-Ku, serta jangan ingkar(pada nikmat-Ku. (QS. Al-Baqarah:152)

Firman Allah Swt: “Hai orang-orang yang beriman berdzikirlah yang banyak kepada Allah(dengan menyebut nama-Nya).(QS. Al-Ahzaab: 42)

Firman Allah Swt: “Laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, maka Allah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang agung.(QS. Al-Ahzaab: 35)

Firman Allah Swt: Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut (pada siksa-Nya), tidak mengeraskan suara, dipagi dan petang hari. Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai”.(QS. Al-A’raf: 205)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Perumpamaan orang yang menyebut (nama) Tuhannya dengan orang yang tidak menyebut (nama)-Nya, laksana orang hidup dengan orang yang mati”. (H.R. Bukhari)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Mahukah kamu, aku tunjukkan perbuatanmu yang terbaik, paling suci di sisi rajamu (Allah), dan paling mengangkat darjatmu; lebih baik darimu dari infaq emas dan perak, dan lebih baik bagimu dari pada bertemu dengan musuhmu, lantas kamu memenggal lehernya atau mereka memenggal lehermu?”. Para sahabat yang hadir berkata: “Mahu wahai Rasulullah !”. Beliau bersabda ” zikir kepada Allah Yang Maha Tinggi.” (Shahih Tirmidzi dan Ibnu Majah).



Allah berfirman dalam hadits Qudsi ; “Aku tergantung persangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya(memberi rahmat dan membelanya) bila diam enyebut nama-Ku. Bila dia menyebut nama-Ku dalam dirinya, Aku menyebut namanya dalam diriku. Bila dia menyebut nama-Ku dalam perkumpulan orang banyak, Aku menyebutnya dalam perkumpulan yang lebih banyak dari mereka. Bila dia mendekat kepada-Ku sejengkal(dengan melakukan amal soleh atau berkata baik), maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Bila dia mendekat kepada-Ku sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Bila dia datang kepada-Ku dengan berjalan(biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat(lari). (H.R. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda : “Barang siapa yang bershalawat kepadaku satu kali, maka Allah akan bershalawat kepadanya sepuluh kali”.

Rasulullah s.a.w bersabda :“Sungguh, manusia yang paling utama di sisiku kelak di hari kiamat, iaitu mereka yang paling banyak berselawat kepadaku.”

Rasulullah s.a.w bersabda : “Janganlah kau buat hari raya rumahku ini(ramai-ramai di dalamnya), dan jangan pula kau jadikan rumah-rumahmu sebagai kuburan(sepi), berselawatlah kepadaku dimanapun kalian berada, karena selawatmu itu pasti akan sampai kepadaku”.

Rasulullah s.a.w bersabda : Jibril datang kepadaku dan berkata;” Ya Muhammad tidak seorang yang berselawat atasmu, kecuali 70.000 Malaikat bershalawat kepadanya, dan siapa di selawati Malaikat sekian banyak ini adalah tergolong orang ahli syurga”.

Rasulullah s.a.w bersabda : Tidak doa kecuali terdapat hijab diantaranya dengan diantara langit, hingga berselawat atas Nabi Saw, maka apabila di bacakan selawat Nabi, terbukalah hijab dan di terimalah doa tersebut, namun jika tidak demikian, kembalilah doa itu kepada pemohonnya’.

Rasulullah s.a.w bersabda : ”Siapa berselawat kepadaku penuh hormat mengagungkan aku, maka solatnya bakal menjelma menjadi seorang malaikat bersayap dua, satu di kutub timur dan yang kedua di kutub barat, kedua kakainya dibawah bumi ke tujuh, lehernya melekat ke ‘Arasy, dan Allah berfirman kepadanya;”Hai Malaikat, berselawatlah untuk hambaku ini, sebagaimana ia telah berselawat kepada Nabi-Ku Muhammad Saw, maka malaikat itupun melaksanakan tugasnya, berselawat kepadanya hingga hari kiamat”.





Rasulullah s.a.w bersabda : "Siapa berselawat 10 kali kepadaku di waktu pagi dan 10 kali di waktu petang, maka Alllah akan menyelamatkannya dari goncangan besar yang mengejutkan kelak di hari kiamat, dan ia di himpun berikut para Nabi dan Shiddiqin yang telah diberi nikmat oleh Allah Swt”.

Rasulullah s.a.w bersabda :“Ketika orang mukmin berselawat atasku, maka malaikal maut menggegamnya dengan izin Allah, ia menyampaikannya ke makamku, katanya;”Ya Muhammad, bahwasannya si anu bin anu umatmu telah berselawat atasmu”. Maka akupun berkata “Katakanlah kepadanya, dariku 10 selawat dan sampaikan pula padanya syafaatnya wajib bagimu”. Kemudian Malakal Maut itu naik ke Arasy, ia berkata:” Ya Tuhan, bahwasannya si anu bin anu telah berselawat atas kekasihMu(Nabi Muhammad) 1 kali”. Lalu di jawab “Sampaikanlah padanya dari-Ku 10 shalawat. Kemudian setiap huruf selawat di jadikan malaikat 360 kepala, setiap kepala 360 wajah, setiap wajah 360 mulut, setiap mulut360 lidah yang semuanya berbicara memuji kepada Allah Swt. Dengan menggunakan 360 macam bahasa, yang pahala semua itu di peruntukan orang mu’min yang bershalawat atas Nabi Saw. Hingga hari kiamat”.

Rasulullah s.a.w bersabda :“Siapa berselawat kepadaku pada hari jum’at 100x, maka ia dataing kelak di hari kiamat diterangi nur/cahaya, apabila nur tersebut di buat menyinari semua makhluk,pasti memadai”.

Rasulullah s.a.w bersabda :“Jibril baru saja keluar dari tempatku tadi, ia khabarkan kepadaku dari Tuhan ‘Azza wa Jalla, Dia berfirman; “Siapa dari orang islam yang berselawat kepadamu satu kali, maka Aku dan para malaikatKu berselawat atasnya 10 kali”. Oleh sebab itu berselawatlah kepadaku sebanyaknya pada hari jumaat sebagai penghormatan atasku”.





Rasulullah s.a.w bersabda :“Perhatikan, aku akan mengungkap tentang manusia yang paling kikir dan paling lemah, iaitu orang yang namaku disebut disisinya, tidak mau berselawat kepadaku”.

Rasulullah s.a.w bersabda :“Siapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah memberikan selawat kepadanya 10x, dan siapa berselawat kepadaku 10x, maka Allah berikan selawat kepadanya 100x, dan siapa yang berselawat kepadaku 100x, maka Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari kemunafikan dan kebebasan dari api neraka dan Allah akan menempatkannya dihari kiamat beserta para syuhada, Maka perbanyaklah selawat kepadaku ketika disebutkan namaku, kerana akan menjadi kafarat dari keburukan-keburukanmu”.


Rasulullah s.a.w bersabda : “Siapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah memberikan selawat kepadanya 10x, dan siapa berselawat kepadaku 10x, maka Allah berikan selawat kepadanya 100x, dan siapa yang berselawat kepadaku 100x, maka Allah berikan selawat kepadanya 1000x, , dan siapa yang berselawat kepadaku 1000x, maka Allah akan mengharamkan jasadnya masuk kedalam neraka”.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Siapa yang berselawat kepadaku satu kali dari ummatku dengan hati yang tulus, maka Allah berselawat kepadanya 10 selawat, mengangkat 10 darjat, di tuliskan padanya 10 kebaikan dan di hapuskan 10 keburukan”.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Siapa yang berselawat kepadaku 1000x dalam sehari, maka tidak akan mati sebelum melihat tempatnya di dalam surga”.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Siapa yang berselawat setiap hari 100x kepadaku, maka Allah akan kabulkan 100 hajatnya, seringan-ringannya hajat adalah di bebaskannya dari api neraka”.





Rasulullah s.a.w bersabda : “Siapa yang berselawat kepadaku 500x setiap hari, maka dia tidak akan fakir sepanjang hidupnya, maksudnya tidak memerlukan bantuan orang lain selamanya”.

Rasulullah s.a. bersabda : “Jibril berkata; “Ya Muhammad, Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla berfirman ” Siapa yang berselawat kepadamu 10x, maka pasti dia aman dari murka-Ku”.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Perbanyaklah membaca selawat kepadaku di hari jum’at, kerana malaikat Jibril barusan datang kepadaku dari Tuhannya Allah ‘Azza wa Jalla berfirman;”Tiadak seorang muslim yang membaca selawat satu kali di atas permukaan bumi ini, kecuali Aku dan para malaikat-Ku berselawat kepadanya sepuluh kali”.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Perbanyaklah membaca selawat kepadaku di hari jumaat, kerana selawat ummatku akan diperlihatkan kepadaku setiap hari jumaat, siapa yang lebih banyak berselawat kepadaku, maka dialah yang paling dekat kedudukannya denganku”.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Perbanyaklah membaca selawat kepadaku di hari dan malam jumaat, siapa yang membacanya, maka aku akan menjadi saksi dan memberikan syafaat kepadanya di hari kiamat”.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Siapa yang berselawat kepadaku 100x pada hari jumaat, maka diampuni kesalahannya 80 tahun”.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Siapa yang berselawat kepadaku 1000x pada hari jumaat, maka tidak akan mati sebelum melihat tempatnya di dalam surga”.

Rasulullah s.a.w bersabda : ” Siapa yang berselawat kepadaku pada hari jumaat, maka dia akan menjadi syafaat baginya pada hari kiamat”.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Siapa yang solat asar pada hari jumaat dan membaca(selawat) sebelum melaksanakannya” Allaahumma sholli ‘ala Muhammadin Nabiyyil ummiyyi, wa ‘alaa aalihi wa shahbihi wa sallim tasliiman” 80x. Maka di ampuninya dosa 80 tahun dan di tuliskannya sebagai ibadah 80 tahun”.





Rasulullah s.a.w bersabda : “Berselawat kepadaku akan menjadikan cahaya pada hari kiamat ketika gelapnya ash-Ahirath,oleh sebab itu, perbanyaklah berselawat kepadaku”.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Siapa senang ingin bertemu dengan Allah Swt dan Dia redha kepadanya, maka perbanyaklah selawat kepadaku”.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Siapa yang merasa sulit hajatnya, hendaklah memperbanyak selawat kepadaku, karena dengan berselawat akan menghilangkan kegelisahan, kesedihan hati, kesusahan, memperbanyak rizki dan di penuhi segala hajat (keperluan)”.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Siapa yang merasa sulit segala sesuatunya, hendaklah memperbanyak selawat kepadakukarena dengan berselawat akan melepaskan semua belenggu(ikatan) dan menghilangkan kesusahan”.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Sebanyak-banyaknya isteri kalian di dalam syurga adalah sebanyak-banyaknya kalian membaca selawat kepadaku”.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Seutama-utamanya manusia denganku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku”.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Tiga (perkara) yang akan mendapat naungan ‘Arasy Allah pada hari kiamat, di hari yang tidak naungan kecuali naungan-Nya”. Di katakan kepadanya; “Siapa Ya Rasulallah?..”, Beliau bersabda;”Orang yang memberikan jalan keluar dari kesusahan ummatku, Yang menghidupkan sunnahku dan Yang memperbanyak berselawat kepadaku”.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Tidaklah suatu kaum duduk di suatu tempat, lalu sesudahnya tidak berselawat kepadaku, kecuali perpisahan mereka sangatlah busuk melebihi busuknya bangkai”.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Siapa meninggalkan selawat kepadaku, bererti mereka telah lupa/ menyimpang dari jalan sorga”.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Doa dan solat bergantungan di antara langit dan bumi, tidak sampai kepada Allah Swt, sehingga di bacakan selawat atas Nabi Saw”.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Bahawasanya diantara umatku ada kaum-kaum yang diseru oleh Allah kelak di hari kiamat: “Hai sekalian hamba-hamba-Ku, masuklah ke syurga”, lalu mereka pun terlantar di padang terbuka(di hari kiamat) dari petunjuk Allah ke sorga. Dan ketika di tanya, siapakah mereka itu ya Rasul? Jawabnya:”Yaitu orang-orang yang enggan berselawat kepadaku akibat lupa dan lengah sewaktu namaku di sebut-sebut di hadapan mereka”.

****

“Selawat adalah cahaya penerang sanubari, kekuatan bagi hati, ketenangan bagi jiwa, kesejukan bagi mata, wangi kasturi bagi majlis pertemuan, kenikmatan bagi hidup, zakat bagi umur, keindahan bagi hari-hari, dan merupakan penghilang kesedihan dan kesusahan.Selawat bisa mendatangkan kebahagiaan, kelapangan dada, kesempurnaan nikmat dan keagungan cahaya”.
(Dr. A’id Al-Qarni, Penulis “Laa Tahzan”)







1 ulasan:

Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...