Sabtu, 11 Februari 2012

Musim Kahwin.. (O.o)/

12/2/2012 @ Ahad
Assalamualaikum...

Merujuk kepada Title diatas, saya Miss AnaLit sedang jelessssss...!! Hoh!
Tahun ni memang meriah dengan majlis pernikahan. Semalam adik angkat @ adik sebilik ngan aku masa sem 6 dulu.. Nor Afzan call. Memang selalu dia call tapi malam tu lain macam lak bunyi sore budak nih..

Aku    : "Kenapa ni? Nak ajak dtg mjlis kahwin ke?"
Afzan : "Eh? Mana akak tahu ni? Ha'ah..." (die gelak gediks!)
Aku   : "Afzan bia betul? Masyaallah budak ni...apa2 pun, tahniah!"
Afzan : "Malulah akak ni... jangan lupa dtg ye kak, hope sgt malam nikah akak dtg"
Aku   : "Majlisnya bila?Ni kena suruh Eri ( afzan's bf) beli hantaran double.
            Yelah langkah bendul kan?"
Afzan : (Ketawa besar) Akak ni..  Hmm..nikah bulan 6. 2minggu b4 puasa."

(Nor Afzan)- org slalu kata kita kembar. hik3..! 

Bermula dari situ, kami terus cotcet cerita itu & ini.Almaklumla masa 1 bilik senang nak gosip ni dah berjauhan tpaksala gosip guna hanpon. Huu.. bestnya budak ni. Dia ni tua setahun je dr Angah. Baru 22thn dah nak nikah. "akak bila lg?"soalan maut dr Afzan.Aku just gelak. Apa lagi nak djawab... huhuuu..

----------------------------------------------------

Satu lagi berita tentang kahwin. Abang sepupuku @ Abg Awal..bakal melangsungkan majlisnya tahun ni. Bila? Not sure tapi bertunangnya pada hari ahad lepas.Masa orang cuti Maulid aritu... (^.O)

congrats Bang..!   

------------------------------------------------------------

Kemudiannya, kisah sepupuku juga. Nak kawin jugek! ahahh! tunang sudeh, nikah pulak pada 28/4/2012.. Insyaallah.. Moga dipermudahkan segala urusan menuju ke gerbang perkahwinan tu ya..

yat & naja

-----------------------------------------------------------------

ni kes adik angkat aku yg sorang lagi.. haiyakk! Ni org yg bertiga diatas sedang dilamun cinta orang dibawah ni sedang dilanda gelora cinta. Lalalaaa...Dak ni adelah adik sebilik ngan aku selepas si Afzan grad diploma. Roommate paling lama tido sebilik & paling rapat.Inilah dia Ummu Mariam.

First2 jumpa muka cam sombong. Tanya asal mana die kata Seremban. kat Nilai..hmm..satu nogori. Tapi xdelah over sangat bercakap masa tu sebab bila aku ckp n9 die macam taknak layan.Maybe orang bandar fikirku.. Tapi, sampailah 1 hari, kami gaduh2 manja sikit den kaba kek budak ni..

"Bega nalah!" automatik dio golak terguling2 kek atas katil.
"Kenapolak ni?" tanyaku
"Den dah lamo tak donga perkataan tu kak.Bega! Hahaha.."

akhirnya terkeluar gak bahaso nogori eh..Cite punya cite ghupo eh dok dokek seremban tapi kampung kek Pilah.Haiyoo.. nak cakap Key El ngan ak!

ummu mariam yg suka mkn eskrim!

For Both of u,Ummu & Wan...akak doakan semoga hubungan kalian dirahmati Allah hingga menuju ke puncak perkahwinan.Amin!

------------------

For Me..
Wish u goodluck! Semoga dimurahkan rezeki dlm mencari pekerjaan, dimurahkan rezeki dalam kehidupan & dimurahkan rezeki dalam jodoh. Hmm..jodoh pun rezeki jugak kan?


Doa Rasulullah s.a.w: “Ya Allah, kurniakanlah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai dari air sejuk bagi orang yang kehausan.” 

Bila kita berdoa... Tuhan melihat ke dalam hati kita dan bukan pada rumusan kata-kata. (^.^)

***

I'm job seekers! huuu..tujuan utama mcari kerja.Mcari cinta? Hmm... ada dalam list tapi belum menjadi priority. Why? Mak & ayah.. i want 2 give something for them. At least bila dpt kja dpt jgk mgembirakan mereka kan?

Selain tu? Saya mahu menjadi muslimah yg lebih baik dari yang sebelumnya. "Ya Allah.. perjalananku menuju cintaMu baru bermula..jadi ku mohon dengan sebesar2nya... jangan biarkan hatiku menunda2 langkahku menuju redhaMu itu. Aku mohon sebesar2nya Ya Rabb... jadikanlah aku insan yang sentiasa istiqamah dalam menjalani urusan sebagai khalifah dibumiMu ini...."

Amin!

6 ulasan:

  1. Ehem! well well well......
    Gacang la kawen lit! kelo bulia aku ngikut kaba pulo! ;)

    BalasPadam
  2. uih! kalau ngikut ati ndak bae..tp nido gang calun oo.. bagi laluan pado yg sikuak lagi 2 la.. nyo dah kerjo dah bgaji besak. lalalaa.. (anti ko dgr an?)

    BalasPadam

Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...