Smile..smile! Selamat Petang.....(tetiba formal.eheh!)
Dah berapa hari tak hujan kan? Panas berbahang rasanya..
Kat sini (umah atok) boleh dengar macam2 bunyik ..
kojap bunyi dikir barat, kejap bunyi si Jemi main kompang, kejap dgr Atok jiranku ini menyanyi lagu.. "ado seko anak tupai..."
Eheh! Kot yo pun paneh tak payah la buek cam gitu bona.. edessh! nenek buleh yo dok kat bilik dgn buku tak payah kipas pun. hmm.. macam2 perangai & habitat!
Selang beberapa minit .. aiyakk! BURRRRR... hujan turun da..tapi xsampai 5 minit hujan berhenti. Sekali lagi den donga Atok tersebut menyanyi. Kah3!
Si Kayet Jebab pulak tido dalam bakul moto.Kojap2 bangun alih tempat tido pulak kat belakang pintu dapur. Tu pon samolah tu, kes panas! Nasib baik Kayet kucing kalo tak agak eh berdikir barat jugak kot.
![]() |
Si Debab my lovlov.. |
*********************
Sempena hari ibu, aku nak ucapkan 'Selamat Hari Ibu' buat wanita2 yang telah bergelar ibu
terutama buat ibuku tersayang. Dengan berbesar ati saya telah mereka kad ni khas buat mak.
"Selamat Hari Ibu, mak.."
mak senyum lalu kami berpelukan. (Allah! Bergetarrrr jiwaku.)
Terima kasih Allah, Kau hadiahkan aku wajah terindah ini.
Tadi pagi2 Angah dah call mak.Dia pun wish selamat hari ibu.Tapi belum sempat mak nak jawab line dia putus.Tak ada kredit. Hehehee..
Cinta itu..sesuatu yang rahsia!
Maksud aku..
cinta itu, tak bisa hanya diungkap dengan kata-kata
cinta lebih dari itu
Maksudnya?
aku senyum...
rahsia!
hanya orang yang mahu mengerti saja tahu
rahsia sebuah cinta.
“Aku membahasakan CINTA itu sebagai pelengkap bagi sebuah kesempurnaan. Tanpa CINTA apa sahaja persoalan tidak dapat ditafsirkan dengan indah. Aku hanya ingin CINTA dari dia yang benar-benar CINTA padaku .Aku hanya ingin CINTA dari sebuah kehidupan yang aku jalani. Dan.. aku hanya ingin CINTA dari Illahi Rabbi, kerna hanya DIA Sang Pemilik setiap helaan nafasku ini…”
Mau baca lebih lanjut tentang quote diatas? Hehe..cari sendiri cerpen saya tu, oke! hehe..
Saya berbincang dengan sahabat yang sudah kuanggap sebagai keluargaku ini.. Dia ni kakak 3 ari dari aku.
Second, aku masih aktif menulis. Hanya saja tidak ada diantara sahabat yang tahu kecuali KakCik & nenek. Dengan Kakcik aku takleh selindung sebab eh dio ni pandai..time den tido dio bangun bukak dennyo laptop. Macam tau2 yo mano den simpan document2 tu!Kalau diizinkan Allah, aku mahu menerbitkan karya sendiri. Tapi bila? Insyaallah..! satu hari nanti.
Thirth, saya masih jealous dengan seorang sahabat blogku. Huhuu! Dia salah seorang sahabat yang telah membuktikan bahawa cinta selepas nikah lebih indah berbanding dengan cinta couple2 ni. Hehe.. so sweet bila tengok wedding picture diorang. Da nak last fotoshoot pun diorg still segan2 nak pegang-pegang tangan. Sweet kan?
![]() |
comeykan? |
Aku bercakap dengan seorang sahabat tentang cinta. Katanya..
"Zaman sekarang, kita tak boleh dah fikir macam tu sangat. Kalau kau nak cari yang baik, yang soleh, yang sabar, yang caring... mana nak jumpa! Then, 1 lagi... kenalah gatal-gatal sikit kalau kau nak cepat kawin.."
terbeliak mata aku! (kenalah gatal-gatal sikit kalau kau nak cepat kawin???) maksudnya apa?
"Ishh kau nih! Ada pulak sampai macam tu ? Hmm..tak apalah aku lambat kawin ke jadi andalusia ke asalkan aku tak salah memilih pasangan"
dia ketawa. "Kau nak aku carik kan? Boleh je.. ko nak macam mana? Tinggi? Putih? Badan sasa? berkerjaya? Open minded?"
"Yang soleh ade? Ke ala-ala ustaz ke.."
sahabatku ketawa lagi. "Kau ni Lit.. aku rase kan, elok ko kawin dengan Pak Arab la... kan ke diorang tu alim2."
aku pulak gelak. "Mana kau tau Pak Arab alim2? Orang yang nama Alim pun tak tentu alim tau!"
Pipi dia merah dek tawa yang tak sudah. Hmm.. entahlah sahabat...
Kadang-kadang pening juga kalau nak difikirkan soal yang 1 ni. Tapi, aku tidak mahu membebankan fikiran. Aku yakin janji Allah itu pasti. Aku yakin Allah sudah menyediakan pasangan yang terbaik bagi setiap ummatNya. Aku yakin ,masih ada insan yang menyayangi Allah untuk dijadikan teman pendamping hidup. Aku yakin, masih ada lelaki yang menunggu untuk menjadi Imam pada seorang wanita didalam solatnya. Aku yakin!
Bak kata Ustazah Fatimah Syarha : "Kalaupun kita bercinta 20 tahun sekalipun tak tentu kita boleh mengenal hati budi dia. Yang kita kenal sebenarnya adalah lakonannya semata."
"Aku tak mahu mencari seorang 'Abang' sebagai penyeri hidup ku.
Datang membawa madah2 cinta beserta pujuk rayu mesra.
Menyentuh kulitku tanpa rasa segan silu dan katanya hanya untuk melepaskan rasa sayang & rindu.
Aku hanya mahu mencari seorang 'Abi' sebagai Imam solatku.
Datang membawa wangian cinta berbau syurga buatku.
Tidak sudi menyentuh kulitku tanpa hijab dan kabul terlebih dahulu
dan aku kepingin mendengar suaranya mengalunkan surah-surah dalam AlQuran
sebagai peneman tidur malamku...."
semenjak dua menjak ni, u kerap b'cerita perihal 'cinta'.
BalasPadamp/s: jiwa kacau kah???
=)
jiwa jiwang meh! ahahaa..
BalasPadam