Sabtu, 24 November 2012

Itu memori ku..

24/11/2012 @ Sabtu

Assalamualaikum

Saje nak publish picture ni.. baru dapat kot! Gggrrr.. punya lama aku menunggu akhirnya dapat juga foto ni. Minggu depan baru nak kirim dekat rumah. So publish ni dulu lah. Huhu!

Masa ni sensorang je. Semua buat sendiri, dalam erti kata lain BERDIKARI!!

Thanks to my ex roommate, Ummu Mariam yang jadi pengubat dan pembakar semangat untuk hari bersejarah tersebut. tak moh bebel panjang2..nah gambo konvo ku...


Tarikh : 13Oct
Time : 9.20pagi (Sidang Konvo Pertama)

Merah gile jubah konvo aku! Cer tengok kasut aladin aku. Adesshh!! Oi..Oitt!! sesapa pandai edit?? Kasi shantek sikit bley?? huhh!

Apa pun, ini lah gambar yg akan menjadi memori seumur hidup. Gambar ketika menerima segenggam ijazah setelah 4 tahun berusaha.

Ini harga bagi sebuah usaha & tekad.

Walaupun ijazah yang digenggam tidaklah sehebat mana tapi nilainya sangat bermakna bagi diri aku.

Kalau ada yang cakap.. "Alah, bukan hebat mana pun... nama je belajar tinggi-tinggi tapi tak juga dapat kerja yang elok!"

jawapan aku senang... "Ada aku kesah?? Huh!"

Haha! Takdalah nak jawab macam tu. Ni... Macam luahan perasaanlah pulak. Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana. DIA lah sebaik-baik pengatur. Jadi segala urusan sudah ku serah bulat-bulat padaNya. Kerana aku percaya, DIA tidak akan mensia-siakan setiap makhluk ciptaanNya.

Rezeki Allah itu satu misteri. Macam tu juga dengan urusan umur & jodoh pertemuan.

Allah, Allah, Allah... Kau Maha Tahu apa yang ada didasar hatiku. Perkukuhkanlah Imanku, suburkanlah rasa kecintaanku, jangan KAU jadikan aku manusia yang kufur pada nikmatMU.....




2 ulasan:

  1. aha....!!!!!!!!!!

    Awak nampak merah!!!!!!!hahahhahahha!

    Simpan gambar ni elok2...nanti anak cucu blh tgk.. Biar la x dpt keje elok pun, yang penting x menyusahkan mereka yang berkata2 itu.. kan??? hidup mesti enjoyyyy...!!!! peace yo!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha! merahkan makngah?? Huhuu..

      apa yg penting kita ada jugak merasa naik pentas & memegang skrol tsebut. ye idok? thehehee!

      Padam

Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...