Assalamualaikum..
Hari ni isnin. Hari permulaan baru. Memang meletihkan bila jadual sentiasa padat. Bukan sekadar lelah dengan jadual, lelah juga dengan pelbagai program yang dirancang. Awal tahun nilah kita nak tukar kelas,
tukar jadual, pemilihan jawatan, perjumpaan rumah sukan, aktiviti merentas desa dan bla..bla..bla..
Aku. Dari jam 7.20-2.40petang non stop dengan urusan P&P. 1.20tghari tadi stop untuk pemilihan jawatan bagi rumah sukan. Break 10minit untuk solat Zuhur kemudian 3.00-5.40petang meeting semua guru. Tak rehat, tak sempat nak makan apa-apa & yang paling penting aku SETERESSS!
Dan akibatnya... BAMM!!
La Hawla Wala Quwwata Illa Billah!
aku ter xcident masa menuruni bukit SMKG. Ya.. aku akui aku sangat letih. Dan mungkin ini adalah teguran dari DIA. Ya.. aku yang salah tapi Wait! Uncle India tu yang laju & langgar aku. jauh juga motor dia terseret. Cermin motor dia pecah n tangan dia calar. Ok fine! Aku minta maaf, tapi yang tak best.. ada apek tu tiba-tiba sound aku tengah jalan.. dengan ayat "LU BODOH KAH?"
aku yang letih just say ... "Saya minta maaf, saya minta maaf..."
Ganti rugi? RM50 untuk cermin yang pecah & tangan yang sedikit calar. Dalam masa yang sama makcik aku ada. Dia datang mendekati aku & uncle tu. Lepastu.... uncle tu laju-laju start enjin moto and blah. Laju gila dia bawa motor dia tu.
Makcik aku ... "Kalau dia salah, kenapa dia lari? Dahlah ambil RM50. Tak guna punya #$%^&* ..."
Aku yang dah letih sangat-sangat just say... tak apalah. RM50 takkan boleh beli nyawa & keselamatan kita.
Dalam perjalanan balik tiba-tiba aku menangis.
Jujur, aku seorang yang sangat susah nak nangis.
Tapi tadi...
Ya Allah.. andai ini teguran dariMu
aku mohon, ampunkanlah dosa-dosaku
aku makhlukMu yang amat dhaif
sering lupa & leka
Ya Allah.. andai ini teguran dariMu
aku mohon, jangan berhenti menegurku
kerana aku ini manusia yang selalu lupa
lupa pada Zat & kebesaranMu
Aku jadi terfikir
kalaulah xcident itu teruk
apa jadi dengan aku?
bersediakan aku untuk meninggalkan dunia?
mahukah aku mati dalam keadaan begitu?
dan
sudikah Allah menerima semua amalanku?
MASYAALLAH! ALLAHUAKHBAR!
teguranMU membuatkan aku benar-benar takut
Ya Allah...
sayangilah aku
berikanlah ihsanMu
jangan biarkan aku mati dalam keburukan
Amin...
Ya Allah....
BalasPadamKau ok x??
ape yang cedera??
Hati2... tengok kiri kanan masa nk melintas...dah la kat situ sibuk dengan lori keta trealer suma...
kau nangis sebab terkejut tu...xpa2...kuat kan semangat balik... Kalau penat sangat, rest la kejap..dah hilang penat skit baru balik umah.. ok, hati2 di jalan raya..
memang penat cousin. sempat down kejap.. nasib baik bik ado kt situ masa 2. kamO pun take care disana.. =)
Padamoo..bik ada kat situ?nasib baik.. kau langgar uncle tu mcm mana? masa turun dr SMG tu ke? dah tu kau da cedera kat mana2 x??
BalasPadam