Ahad, 30 Mac 2014

Dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali

Assalamualaikum...

Sungguh, cukuplah kematian itu sebagai peringatan. Petang semalam kami sekeluarga dikejutkan dengan berita yang sungguh diluar sangkaan. Pakngah, telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan. Abang sepupuku call dalam nada menahan tangisan. Allah..Allah!

Dua minggu lalu dia pulang ke kampung. Kata nenek, dia rancak berbual dan tak ada tanda-tanda nak pergi pun. Aku jawab.. kalau kita tahu kita nak pergi, takkan kita nak berbual-bual rancak lagi kan?

Tapi, sedih bagaimana sekalipun... kita pulangkan kembali semuanya pada Sang Pencipta. Apa yang ada pada kita adalah pinjaman semata. Dah expired tarikh pinjaman, maka dia berhak mengambilnya semula. Tak cepat seminit, tak juga lewat sesaat. Allahu..

Nak pergi ziarah jauh, jadi.. dari kejauhan aku hadiahkan surah Yassin. Semoga pakngah tenang disana serta dihimpunkan bersama orang-orang soleh.

Belum pun reda rasa sayu mendengar khabar pemergian Pakngah, pagi tadi sekitar jam 6.00 aku dikejutkan dengan berita pemergian seorang pendidik yang sangat berjasa kepadaku.. Allah..Allah! 

Cikgu Nor Hayati Hashim. Satu nama yang semua budak Berlian akan ingat sampai bila-bila. Kata sahabat, cikgu terkena jangkitan kuman di paru-paru. Cerita sebenar, tak aku tahu.

Tapi, ingat lagi tahun 2002 PMR. Kami buat buku khas untuk kelas Berlian sahaja. Dalam muka surat hadapan, dibahagian kata-kata aluan, cikgu membahasakan diri sebagai Bonda.Ya, cikgu ibarat ibu kami. Ibu yang sangat kami kasih & hormati.  Ibu yang membesarkan kami dari form1 hingga form5. 

Saya ingat lagi cikgu cakap.. "Kalau kau baik, aku baik. Kalau kau degil, aku debik je!" aku ketawa mendengarnya. Siapa tak kenal cikgu. Dalam garang ada sifat keibuan yang sangat tinggi. 



Tahun lalu, ketika aku berpeluang selama 3bulan sebagai guru ganti... disitulah aku kenal cikgu lebih dari dari seorang pendidik yang pernah mendidikku.

 "Saya ingatkan jadi cikgu ni senang. Rupa-rupanya stress!" kataku ketika kami diatas stage smkg.
Cikgu ketawa sambil jawab.. "Itulah yang aku rasa selama berpuluh tahun jadi cikgu. Tidur tak pernah lena"

Cikgu, semoga kali ini tidur panjangmu lena. Allah pasti memberi ganjaran disetiap titik peluh cikgu mengajar dan memberi ilmu pada anak-anak bangsa. Aku akui, menjadi pendidik bukan mudah. Tapi cikgu, berbanggalah.. anak-anak yang pernah cikgu ajar kita adalah manusia yang berjaya. Ada guru, akauntan, ptd.. masyaallah!

Dari DIA kita datang, dan kepada DIA kita kembali.. Mereka dah tentu pergi, kita.. belum tahu bila dan bagaimana. Semoga kita kita bertemu dengan pengakhiran yang baik iaitu Husnul Khatimah..amin Ya Rabb!

Al-Fatihah buat kalian.. Cikgu Nor Hayati Hashim & Mahmood Jaafar. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan malu2..Silalah komen yeh! Wiii...